(Video) Lamborghini Gallardo sodok Perdana dan Swift di Jln Tun Razak, pemandu 'test power'?

Mersita · Sep 8, 2021 10:30 AM

(Video) Lamborghini Gallardo sodok Perdana dan Swift di Jln Tun Razak, pemandu 'test power'? 01

[Dikemaskini] Sebuah Lamborghini Gallardo Superleggera terlibat dalam satu kemalangan bersama sebuah Proton Perdana dan sebuah Suzuki Swift di Jalan Tun Razak arah Utara pagi tadi, kira-kira jam 8.20 am.

(Video) Lamborghini Gallardo sodok Perdana dan Swift di Jln Tun Razak, pemandu 'test power'? 02

Kredit foto: Hazri @Sapik_Z

Menurut gambar yang dimuatnaik ke media sosial, kemalangan tersebut menghadang kedua-dua lorong dimana Swift terlibat terbabas ke penghadang jalan di lorong kanan manakala Perdana mangsa terbalik dengan tayarnya ke atas di lorong kiri sehingga menyebabkan kesesakan 3 km pagi tadi.

(Video) Lamborghini Gallardo sodok Perdana dan Swift di Jln Tun Razak, pemandu 'test power'? 03

Kemalangan berlaku kerana kereta mewah berkenaan dipandu pada kelajuan tinggi sehingga hilang kawalan.

Berdasarkan gambar rujukan, Lamborghini tersebut mempunyai kesan impak di bahagian hadapan sebelah kiri dan kanan. Manakala Swift dan Perdana mangsa dilihat terhumban dari lorong masing-masing.

Rakaman 'dashcam' di atas menunjukkan Lamborghini itu dipandu dengan terlalu laju dan 'mencilok' di sebelah kereta perakam, rapat dengan penghadang konkrit di sebelah kanan, sebelum merempuh kereta di hadapannya.

Berita lanjut menyusul.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru