window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lampu belakang OLED digital Audi pada 2020 Audi Q5 sebenarnya ialah skrin TV

Faisal ยท Aug 5, 2020 04:45 PM

Lampu belakang OLED digital Audi pada 2020 Audi Q5 sebenarnya ialah skrin TV 01

Sistem pencahayaan sentiasa menjadi bidang kepakaran Audi. Siapa yang boleh lupa akan penampilan pertama DRL LED pada "Starkmobile" Audi R8 pada tahun 2007. Maju ke hadapan, Audi Q5 2020 merupakan model Audi pertama yang menampilkan lampu belakang OLED digital.

Lampu belakang OLED digital Audi pada 2020 Audi Q5 sebenarnya ialah skrin TV 02

Mengapa OLED?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • Ia boleh mencapai tahap kecerahan yang pelbagai.
  • Ia boleh dibahagi kepada beberapa segmen.
  • Ia tidak memerlukan pemantul, gentian optik atau optik yang sama. Ini membuatkan unit OLED sangat efisien, ringan dan rata - memudahkan pengubahsuaian reka bentuk.

Lampu belakang OLED digital Audi pada 2020 Audi Q5 sebenarnya ialah skrin TV 01

Teknologi OLED sudah digunakan dalam model Audi TT RS dan Audi A8. Dengan OLED digital, ia menawarkan ketepatan tinggi dan fleksibiliti reka bentuk yang lebih hebat. Malah, kesan animasi boleh diterapkan. Ini, secara tidak langsung, mengubah lampu belakang menjadi seperti skrin TV atau seperti skrin telefon pintar.

Pengurus projek teknologi OLED, Dr. Werner Thomas berkata bahawa lampu belakang telah menjadi satu bentuk tayangan di bahagian luar kereta, dimana ini akan memberikan kami banyak peluang dan prospek dari segi rekabentuk, komunikasi, pengubahsuaian dan keselamatan.

Lampu belakang OLED digital Audi pada 2020 Audi Q5 sebenarnya ialah skrin TV 02

Pelanggan yang memilih teknologi OLED digital mempunyai tiga ciri istimewa pada lampu brek sewaktu membeli kereta tersebut. Ciri tersebut akan berubah-ubah mengikut mod pemanduan pada ‘Audi drive select’.

Ciri hebat yang lain ialah naik-taraf keselamatan dalam sistem pengesan jarak. Sebagai contoh, apabila Audi Q5 2020 yang tidak bergerak mengesan kenderaan lain mendekatinya dari belakang dalam lingkungkan kurang dari 2 meter, kesemua segmen OLED akan dinyalakan. Apabila ia mula bergerak, lampu akan bertukar normal.

Lampu belakang OLED digital Audi pada 2020 Audi Q5 sebenarnya ialah skrin TV 03

Maju ke hadapan, OLED digital membolehkan pengubahsuaian yang lebih lagi untuk pencahayaan istimewa. Sebagai contoh, simbol yang telah ditetapkan boleh dipaparkan untuk memberi pemandu lain amaran awal mengenai bahaya seperti jalan yang licin atau penghujung kesesakan lalu lintas.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Audi Q5 sport 2.0 TFSI quattro

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda