Langgar lari basikal: Pemilik Axia pinjamkan kereta pada rakan, lapor tak terlibat

Mersita · Sep 10, 2021 01:00 PM

Langgar lari basikal: Pemilik Axia pinjamkan kereta pada rakan, lapor tak terlibat 01

Kes langgar lari basikal di Jalan Kinabalu, Kuala Lumpur oleh sebuah Perodua Axia merah pada pagi 8 September lalu di Jalan Kuching, Kuala Lumpur tidak melibatkan pemilik sebenar kereta tersebut kerana ia dipinjamkan kepada rakan pemilik yang memandu kereta itu pada hari kejadian.

Langgar lari basikal: Pemilik Axia pinjamkan kereta pada rakan, lapor tak terlibat 02

Menurut kenyataan dan laporan polis dibuat saudara Muhammad Harith Najmi bin Yaacob, dia adalah pemilik asal kenderaan dan tidak terlibat secara langsung dalam kemalangan tersebut. Dia telah membuat laporan polis berkaitan kemalangan itu dan memaklumkan bahawa pemandu yang melanggar pembonceng basikal berkenaan adalah rakannya.

Terdahulu, satu muatnaik di dalam grup Facebook Malaysia Automotif Shitposting menayangkan rakaman kemalangan tersebut dan mengaitkannya dengan pemilik Axia terbabit berserta gambarnya.

Oleh itu, Muhammad Harith menafikan yang kemalangan tersebut melibatkan dirinya sebagai pemandu.

Langgar lari basikal: Pemilik Axia pinjamkan kereta pada rakan, lapor tak terlibat 01

Sumber: FB Harith Najmi

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Perodua Axia Standard E 1.0 MT

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru