'Langkah ke belakang' jika saya sertai Petronas Yamaha SRT - Jorge Lorenzo

Khairil · May 29, 2021 10:00 AM

'Langkah ke belakang' jika saya sertai Petronas Yamaha SRT - Jorge Lorenzo 01

Tolak tawaran untuk beraksi bersama pasukan Petronas Yamaha SRT kerana ia seperti mengambil langkah ke belakang. Itu antara pendedahan terbaru diluahkan juara dunia tiga kali MotoGP, Jorge Lorenzo.

Juga baca: Jorge Lorenzo label Rossi 'perlahan' dan 'tak tepat' lagi

Selepas meninggalkan Yamaha pada 2019, penunggang Sepanyol itu menyertai Ducati namun bergelut selama dua tahun bersama pasukan berpangkalan di Itali itu.

'Langkah ke belakang' jika saya sertai Petronas Yamaha SRT - Jorge Lorenzo 01

Dan selepas menamatkan saingan 2018 di tangga ke-9, dia mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan berkenaan yang menyaksikan tawaran dari Petronas Yamaha SRT selain Suzuki tiba.

'Langkah ke belakang' jika saya sertai Petronas Yamaha SRT - Jorge Lorenzo 02

Begitupun, sebagai pelumba yang pernah menjulang gelaran dunia MotoGP sebanyak tiga kali bersama Yamaha, Lorenzo merasakan tindakan untuk menyertai pasukan satelit sebagai bukan perkara yang tepat untuk kariernya.

'Langkah ke belakang' jika saya sertai Petronas Yamaha SRT - Jorge Lorenzo 03

"Saya memang tidak mahu menyertai mereka (Petronas) kerana saya memang berada dalam pasukan utama Yamaha dan ia tampak seperti mengambil langkah ke belakang," kata Lorenzo.

"Segala-galanya nampak hitam. Semua yang ada dalam fikiran saya adalah negatif. Saya tidak dapat melihat sebarang cahaya di hujung terowong."

Juga baca: Lorenzo bikin kejutan, juara di litar rupanya jaguh di pentas nyanyian

'Langkah ke belakang' jika saya sertai Petronas Yamaha SRT - Jorge Lorenzo 04

Pada pertengahan musim 2018, Lorenzo mendedahkan dia mendapat panggilan daripada bos HRC (Honda Racing Corporation), Alberto Puig yang menyatakan mereka berminat untuk membawanya masuk ke pasukan itu pada 2019 bagi menggantikan Dani Pedrosa.

Lebih menarik, dia terpaksa menyembunyikan perkara berkenaan termasuk kepada pengurusnya yang lebib menggemari jika dia menyertai projek bersama Petronas Yamaha SRT.

'Langkah ke belakang' jika saya sertai Petronas Yamaha SRT - Jorge Lorenzo 05

"Ia membuatkan saya lebih gembira... tetapi paling utama, Alberto Puig memberitahu saya yang perbincangan kami adalah rahsia. Saya tidak dapat menyembunyikannya kepada jurulatih saya, Ivan Lopez namun dia seorang saja, malah tidak kepada pengurusa saya, yang masih amat fokus kepada Petronas."

Juga baca: Julang gelaran dunia MotoGP bukan lagi obsesi - Valentino Rossi

'Langkah ke belakang' jika saya sertai Petronas Yamaha SRT - Jorge Lorenzo 06

Ironinya, tindakan Lorenzo menyertai Repsol Honda tampak tidak tepat. Sekalipun rakan sepasukannya Marc Marquez meraih gelaran dunia pada 2019, Lorenzo menamatkan saingan di kedudukan ke-13, keputusan terburuk dalam kariernya di MotoGP sebelum mengambil keputusan bersara.

Sumber: Agensi

Sumber imej: Wikipedia, Facebook Jorge Lorenzo

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru