window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lanjutan pengecualian cukai jualan kereta wajar dipertimbangkan kerajaan - CEO Proton Edar

Haris · Oct 6, 2020 03:00 PM

Lanjutan pengecualian cukai jualan kereta wajar dipertimbangkan kerajaan - CEO Proton Edar 01

Bermula 15 Jun hingga 31 Disember 2020, kerajaan telah mengecualikan keseluruhan cukai jualan bagi kereta yang dipasang secara lokal (CKD) yang berkadar 10%. Kereta impot pula hanya dikenakan sebanyak 5% iaitu separuh dari kadar asal.

Melihat kepada pertumbuhan positif bagi keseluruhan industri ini, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah berharap agar kerajaan dapat melanjutkan tempoh pengecualian cukai jualan ini.

Lanjutan pengecualian cukai jualan kereta wajar dipertimbangkan kerajaan - CEO Proton Edar 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Kami dalam industri automotif amat berharap kerajaan dapat mempertimbang lanjutan pengecualian cukai kepada enam bulan lagi atau sehingga Jun tahun depan atau sekurang-kurangnya sehingga Mac tahun depan," ujar beliau dalam sebuah wawancara dengan Berita Harian.

"Lanjutan ini bagus kerana secara tidak langsung menyokong ekonomi tempatan dan membolehkan jenama automotif termasuk Proton Holdings Bhd (PROTON) mengekalkan perniagaan.

Lanjutan pengecualian cukai jualan kereta wajar dipertimbangkan kerajaan - CEO Proton Edar 01

"Bagi kami, industri memerlukan usaha yang holistik untuk kembali pulih sebagaimana sebelum COVID-19 menular selepas terjejas sepanjang tempoh PKP. Dalam tempoh pengecualian cukai, kami telah dapat memulihkan kerugian dan lanjutan cuti cukai ini dapat memberi kelegaan kepada industri.”

"Malah, industri automotif telah meminimumkan pemberhentian pekerja dan ada segelintir masih membayar gaji sama seperti sebelum COVID-19. Lanjutan pengecualian cukai dapat meningkatkan operasi dan memastikan tenaga kerja dapat dikekalkan," tambah beliau lagi.

Lanjutan pengecualian cukai jualan kereta wajar dipertimbangkan kerajaan - CEO Proton Edar 02

Jualan kereta melonjak pada bulan Mei lepas dan dilaporkan meningkat secara berturut-turut sehingga bulan Ogos. Selain itu, belum ada sebarang laporan mengenai jumlah penjualan kereta setelah moratorium pinjaman baharu sahaja habis bulan September 2020 yang lepas.

Bagaimanapun, Proton X50 telah disahkan bakal menerima pengecualian cukai jualan walaupun sehingga Januari 2021.

Sumber: Berita Harian

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda