window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lanjutan pengecualian cukai SST - syarikat kereta beri pandangan berbeza

Haris ยท Dec 30, 2020 01:00 PM

Lanjutan pengecualian cukai SST - syarikat kereta beri pandangan berbeza 01

Kementerian Kewangan Malaysia telah mengesahkan bahawa tempoh pengecualian cukai jualan SST yang sepatutnya tamat pada 31 Disember 2020 ini telah dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021.

Pengumuman yang berlaku 3 hari sebelum 31 Disember 2020 tersebut memberikan ruang yang sangat sempit bagi pihak pengeluar kereta menyesuaikan perancangan syarikat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lanjutan pengecualian cukai SST - syarikat kereta beri pandangan berbeza 01

Hal ini kerana senarai harga untuk model 2021 perlu ditarik balik dan dikemaskini, hanya 3 hari sebelum tahun 2020 menutup tirai.

Sesetengah pengeluar kereta mengalu-alukan inisiatif ini manakala sesetengah pengeluar yang lain bakal dibebani dengan tugas-tugas yang lebih mencabar. Ini bergantung kepada barisan model yang ditawarkan (dan bakal dilancarkan) dengan jumlah stok yang ada.

Lanjutan pengecualian cukai SST - syarikat kereta beri pandangan berbeza 02

Situasi yang sedikit kacau bilau ketika pengumuman insentif PENJANA ini diumumkan pada bulan Jun 2020 dijangka akan berlaku semula.

Pengeluar bergelut untuk memenuhi permintaan yang mendadak ketika pengumuman pengecualian cukai SST diumumkan dan tugas-tugas seperti pesanan komponen, logistik dan sebagainya perlu ditingkatkan.

Lanjutan pengecualian cukai SST - syarikat kereta beri pandangan berbeza 03

Kilang pemasangan memerlukan sekitar 3 - 6 bulan untuk merancang operasi pengeluaran yang lancar. Namun lanjutan pengecualian cukai SST ini hanya diumumkan selama 3 hari sahaja sebelum tarikh tamat asal.

Lanjutan pengecualian cukai SST - syarikat kereta beri pandangan berbeza 04

Jenama kereta yang telah meningkatkan jumlah stok kenderaan dengan harapan dapat menghabiskan kesemuanya sebelum 31 Jan 2021 kini menghadapi masalah.

Mereka perlu menghabiskan kereta buatan tahun 2020 terlebih dahulu sedangkan pembeli baharu akan menunggu kereta buatan tahun 2021.

Lanjutan pengecualian cukai SST - syarikat kereta beri pandangan berbeza 05

Sesetengah pengedar juga memberitahu Wapcar.my bahawa mereka tidak dapat memenuhi sasaran tahun 2020.

Hal ini kerana kebanyakan pembeli telah memutuskan untuk menangguhkan pembelian mereka kerana tidak terburu-buru untuk mendaftarkan kereta sebelum 30 Jan 2021.

Lanjutan pengecualian cukai SST - syarikat kereta beri pandangan berbeza 06

Walaubagaimanapun jenama kereta mewah yang selalunya mempunyai tahap simpanan stok yang sangat rendah, menyambut baik langkah tersebut.

Wakil sebuah syarikat jenama kereta mewah memberitahu Wapcar.my bahawa mereka sangat mengalu-alukan inisiatif ini.

Lanjutan pengecualian cukai SST - syarikat kereta beri pandangan berbeza 07

Untuk jenama kereta arus perdana dengan sasaran jualan bulanan yang tinggi, terdapat perasaan yang bercampur baur.

Inisiatif PENJANA ini membantu memacu permintaan yang tinggi tetapi pengumuman yang terlalu singkat telah mengganggu perancangan tahunan syarikat. Bagaimana pula pandangan anda sebagai pembeli?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda