window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Laporan: Nissan Navara generasi baru bakal debut pada tahun 2025, berdasarkan Mitsubishi Triton

Zamil Syaheer · Jun 23, 2021 07:00 PM

Laporan: Nissan Navara generasi baru bakal debut pada tahun 2025, berdasarkan Mitsubishi Triton 01

Tujuh tahun telah berlalu sejak Nissan Navara D23 generasi terkini pertama kali diperkenalkan pada tahun 2014, dan sudah tiba masanya untuk model baru. Autoindustriya melaporkan bahawa Nissan sedang dalam proses perkembangan Navara serba baru, dan mungkin akan debut pada tahun 2025.

Laporan: Nissan Navara generasi baru bakal debut pada tahun 2025, berdasarkan Mitsubishi Triton 02

Navara generasi terkini.

Mengikut garis masa bagi sebuah trak pikap, ini bermaksud Navara yang akan datang kemungkinan akan ditayangkan pada akhir 2024, dengan pelancaran serantau pada tahun 2025 dan 2026.

Laporan: Nissan Navara generasi baru bakal debut pada tahun 2025, berdasarkan Mitsubishi Triton 03

Manakala Mitsubishi Triton generasi terbaru dikatakan bakal tiba tahun depan.

Memanfaatkan persekutuan Renault-Nissan-Mitsubishi, Navara generasi keempat dikatakan akan menggunakan asas Mitsubishi Triton. Ini bermakna kedua-dua Triton dan Navara akan berkongsi trenkuasa dan modul.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Mitsubishi Triton baru pada tahun 2022, varian hibrid menjelang 2030 – i-MiEV pula oleh Nissan?

Laporan: Nissan Navara generasi baru bakal debut pada tahun 2025, berdasarkan Mitsubishi Triton 01

Kitaran hayat model selama 10 tahun adalah benda biasa untuk trak pikap, jadi ini setara dengan Nissan. Saingan terdekatnya, Toyota Hilux dan Triton, kedua-duanya menyaksikan jurang satu dekat diantara model generasi terkini dan pendahulunya.

Laporan: Nissan Navara generasi baru bakal debut pada tahun 2025, berdasarkan Mitsubishi Triton 02

Navara Pro-4X, varian tertinggi di Malaysia.

Nissan Navara yang baru sahaja dilancarkan pada April lepas adalah model kemaskini daripada tahun 2015, menaik taraf teknologi, keselamatan dan gaya di bawah penampilan baru. Ia merupakan salah satu produk yang sepatutnya menerima kemas kini jauh lebih awal, dan kali ini peningkatan jualannya pada bulan lepas adalah bukti nyata.

Juga baca: Jualan Nissan Navara 2021 baru di Malaysia naik hampir 2 kali ganda untuk Mei 2021, Hilux tergugat?

Laporan: Nissan Navara generasi baru bakal debut pada tahun 2025, berdasarkan Mitsubishi Triton 03

Harga bermula dari RM 91,900 untuk varian 2.5 liter Single Cab, sehinggalah RM 142,200 untuk varian Pro-4X.

Juga baca: Terlintas nak beli Nissan Navara facelift 2021 (D23)? Ini gaji minimum yang diperlukan!

Harga Nissan Navara 2021 Nissan Navara 'facelift'
2.5L Single Cab RM 91,900
2.5L SE RM 110,900
2.5L SE RM 116,900
2.5L V RM 125,500
2.5L VL RM 137,900
2.5L Pro-4X RM 142,200

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Nissan Navara 2.5 V Black Edition

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda