![Latih belia dalam industri automotif, banyak kursus kemahiran ditawarkan ILKBS 01]()
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) terus giat menganjurkan kursus kemahiran untuk belia, antaranya program Skills for Life yang menawarkan pelbagai kursus jangka pendek termasuk latihan industri automotif.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata, program yang dijalankan pada hujung minggu sepanjang Februari dan Mac 2023 itu menawarkan latihan kemahiran asas untuk komuniti khususnya belia B40, M40, belia berisiko, dan belia minoriti. Latihan ini turut ditawarkan kepada individu berusia 18 – 40 tahun yang sudah bekerja, lapor Berita Harian.
![Latih belia dalam industri automotif, banyak kursus kemahiran ditawarkan ILKBS 02]()
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });
Sebanyak 22 latihan kemahiran ditawarkan di ILKBS seluruh negara dengan yuran antara RM 10 hingga RM 30 sahaja. Antaranya termasuklah kemahiran asas pendawaian elektrik, asas pembaikan kenderaan, penyenggaraan asas dan lain-lain.
Selain itu, ILKBS turut menawarkan kursus latihan pemasangan motosikal, aperantis mekanikal, pemasangan dan penyenggaraan sunroof kenderaan, semburan cat kenderaan dan sebagainya. Kemahiran bagi bidang lain seperti makanan & minuman, hospitaliti, perkhidmatan kecantikan dan lain-lain turut ditawarkan.
Pihak kementerian akan terus memantau bidang yang digemari ramai dan menambah lebih banyak kursus dalam bidang-bidang lain sekiranya program ini mendapat sambutan, jelas Hannah lagi.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman Facebook KBS dan Facebook ILKBS.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.
Komen