window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lawan arus dan positif dadah, pemandu Triton ragut 2 nyawa dalam kemalangan Lebuhraya Persekutuan

Haris · Sep 12, 2021 09:00 PM

Lawan arus dan positif dadah, pemandu Triton ragut 2 nyawa dalam kemalangan Lebuhraya Persekutuan 01

2 remaja menjadi mangsa kepada seorang pemandu Mitsubishi Triton, apabila trak pikap tersebut dipandu secara melawan arus seterusnya melanggar Proton Wira yang dipandu mangsa di Kilometer 8.5, Lebuhraya Persekutuan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.51 pagi dan tiba di lokasi kejadian tujuh minit kemudian.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lawan arus dan positif dadah, pemandu Triton ragut 2 nyawa dalam kemalangan Lebuhraya Persekutuan 01

“Laporan awal kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Mitsubishi Triton yang dipandu seorang lelaki secara melawan arus telah bertembung dengan sebuah Proton Wira Aeroback dipandu seorang wanita bersama seorang penumpang lelaki.

Lawan arus dan positif dadah, pemandu Triton ragut 2 nyawa dalam kemalangan Lebuhraya Persekutuan 02

“Kejadian itu telah menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit pada bahagian hadapan dan mangsa mengalami kecederaan parah berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Lawan arus dan positif dadah, pemandu Triton ragut 2 nyawa dalam kemalangan Lebuhraya Persekutuan 03

Kiri: suspek melawan arus, kanan: suspek brek mengejut melanggar Proton Wira

Menurut Norazam, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis dan pemandu Mitsubishi Triton berusia 24 tahun itu dilaporkan selamat,” jelasnya.

Lawan arus dan positif dadah, pemandu Triton ragut 2 nyawa dalam kemalangan Lebuhraya Persekutuan 04

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pemandu  berumur 24 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan telah disahkan positif dadah jenis ganja. Suspek kemudiannya telah direman selama 6 hari mulai hari ini.

Mangsa, Nur Afiqah Abdul Karim, 18, yang memandu kereta jenis Proton Wira Aeroback dan penumpang, Muhammad Hafiz Syami Dzul Asri, 19, mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Video: Traffic Info Crew

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda