window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

'Layan' jentera Kruiser? Perkenalkan Yamaha Bolt R-Specs 2021, 941 cc V-Twin, 53 Hp!

Khairil ยท May 22, 2021 10:00 AM

'Layan' jentera Kruiser? Perkenalkan Yamaha Bolt R-Specs 2021, 941 cc V-Twin, 53 Hp! 01

Yamaha sememangnya tidak asing dengan jentera dalam segmen 'Kruiser'. Malah, jentera yang dihasilkan dikatakan setanding dengan motosikal hebat lain dalam segmen berkenaan seperti Harley-Davidson, Indian, BMW dan sebagainya.

Juga baca: Jentera 'Kruiser' mantap dari Honda, Rebel 1100 2021 tiba di Thailand!

Baru-baru ini, syarikat dari Jepun itu memperkenalkan model terbaharu dalam segmen berkenaan iaitu Yamaha Bolt R-Specs ABS 2021.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

'Layan' jentera Kruiser? Perkenalkan Yamaha Bolt R-Specs 2021, 941 cc V-Twin, 53 Hp! 01

Sememangnya tampil dengan reka bentuk menarik, dari sudut spesifikasi pula, ia dikuasakan enjin V-Twin bersesaran 941 cc, Penyejuk Udara, SOHC, Suntikan Bahan Api yang menghasilkan kuasa 53 Hp pada 5,500 rpm dan tork 80 Nm pada 3,000 rpm.

'Layan' jentera Kruiser? Perkenalkan Yamaha Bolt R-Specs 2021, 941 cc V-Twin, 53 Hp! 02

Kuasa berkenaan kemudian dipadankan dengan transmisi lima kelajuan dan pacuan final belt untuk menawarkan karekter tunggangan yang sama seperti jentera Kruiser dari Amerika Syarikat.

'Layan' jentera Kruiser? Perkenalkan Yamaha Bolt R-Specs 2021, 941 cc V-Twin, 53 Hp! 03

Tidak seperti versi sebelumnya, ia hanya ditawarkan dalam satu varian saja pada kali ini yang menggunakan perkakasan lebih premium seperti rim aloi yang diberi kemasan 'brushed metal'.

'Layan' jentera Kruiser? Perkenalkan Yamaha Bolt R-Specs 2021, 941 cc V-Twin, 53 Hp! 04

Sistem suspensi pula menggunakan fork jenis telescopic 41 mm di bahagian depan dan penyerap hentak bersama piggy-back dengan sub-tank berkembar berwarna emas di bahagian belakang.

Juga baca: Minat gaya Harley-Davidson tapi bajet ciput! Apa pilihan yang ada?

Sebagai jentera yang mempunyai berat sekitar 252 kg, sistem breknya dikendalikan oleh brek cakera tunggal dengan corak kelopak bunga bersaiz 282 mm di depan dan belakang bersama sistem brek ABS dua saluran.

'Layan' jentera Kruiser? Perkenalkan Yamaha Bolt R-Specs 2021, 941 cc V-Twin, 53 Hp! 05

Sumber imej: ultimatemotorcycling

Ciri-ciri lain adalah kedudukan pelana yang rendah dan selesa, saiz rim 19 inci di bahagian depan dan 16 inci di bahagian belakang dan tangki minyak berkapasiti 13 liter.

'Layan' jentera Kruiser? Perkenalkan Yamaha Bolt R-Specs 2021, 941 cc V-Twin, 53 Hp! 06

Pilihan warna baharu yang ditawarkan ialah 'Blue Metallic' yang lebih menyerlah manakala warna lama, 'Metallic Black' dikekalkan.

'Layan' jentera Kruiser? Perkenalkan Yamaha Bolt R-Specs 2021, 941 cc V-Twin, 53 Hp! 07

Begitupun apa yang kurang menarik, jentera menarik ini setakat ini hanya dijual di pasaran Jepun dan persoalan mengenai harga, ia dijual pada tanda harga bermula ¥ 1,045,000 iaitu kira-kira RM 39,830 mengikut tukaran semasa.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda