window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lebih 14k unit Proton laris pada Februari 2023, naik 52 peratus - kekal tempat kedua dalam pasaran

Mersita · Mar 3, 2023 12:00 PM

Lebih 14k unit Proton laris pada Februari 2023, naik 52 peratus - kekal tempat kedua dalam pasaran 01

Proton terus mencatatkan pertumbuhan bagi tahun 2023 dengan 14,033 unit (domestik dan eksport) laris terjual sepanjang bulan Februari – 52 peratus lebih banyak berbanding bulan yang sama pada tahun lepas. Proton Saga kekal sebagai model paling laris syarikat itu, dengan pertumbuhan positif bagi beberapa model peneraju segmen lain keluaran syarikat berkenaan.

Prestasi jualan memberangsangkan pada bulan lalu adalah 20.1 peratus lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya, dimana Proton mencapai jumlah jualan 25,714 unit sepanjang dua bulan pertama 2023. Menurut Proton, pegangan pasaran syarikat untuk Februari 2023 dianggarkan mencapai 22.7 peratus (naik 7.3 peratus berbanding bulan sebelumnya) - meletakkannya di tempat kedua dalam pasaran.

Lebih 14k unit Proton laris pada Februari 2023, naik 52 peratus - kekal tempat kedua dalam pasaran 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Saga mengakhiri Februari 2023 dengan 6,345 unit terjual, mengekalkan kedudukannya sebagai Proton paling laris dan mencatatkan jualan 11,133 unit yang mengagumkan setakat tahun ini.

Syarikat itu juga mengaitkan prestasi ini dengan tiga peneraju segmen iaitu Proton Persona (sedan segmen B), Proton X50 (SUV segmen B), dan Proton Exora (MPV segmen C). Proton Persona membuktikan daya tarikannya terhadap pesaing baharu dengan 2,313 unit terjual pada Februari 2023 dan bekalan yang tidak terjejas oleh kekurangan komponen.

Lebih 14k unit Proton laris pada Februari 2023, naik 52 peratus - kekal tempat kedua dalam pasaran 01

Ruang dalaman Proton X50 Flagship

Proton X50 kekal sebagai peneraju pasaran SUV segmen B dan masih lagi SUV paling popular secara keseluruham. 3,247 unit X50 telah terjual pada Februari lalu dan jualannya meningkat sebanyak 11 peratus dalam tempoh dua bulan pertama 2023.

Juga baca: Harga baru Proton X50 dah rasmi; varian Flagship kini hanya RM 1.5k lebih murah daripada HR-V!

Lebih 14k unit Proton laris pada Februari 2023, naik 52 peratus - kekal tempat kedua dalam pasaran 02

Peneraju segmen ketiga pula ialah Proton Exora dengan 336 unit terjual; peningkatan 216 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2022. Sementara itu, Proton X70 menyamai prestasinya dari dua bulan pertama 2022 dengan 981 unit diserahkan pada bulan Februari dan 1,914 unit secara keseluruhan untuk 2023.

 

Akhirnya, Proton Iriz mencatatkan prestasi terbaik sejak Ogos 2022 dengan 811 unit terjual membawa kepada peningkatan sebanyak 156 peratus untuk dua bulan pertama tahun ini.

Juga baca: Kemaskini Atlas OS untuk infotainment Proton X50, X70, Iriz, Exora, Persona didakwa tingkatkan prestasi?

Lebih 14k unit Proton laris pada Februari 2023, naik 52 peratus - kekal tempat kedua dalam pasaran 03

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah, berkata, “Permulaan yang kukuh bagi PROTON pada tahun ini mencerminkan populariti tawaran model semasa kami. Sama seperti pesaing kami, banyak volum didorong oleh pemenuhan tempahan yang dikecualikan cukai, tetapi nombor tempahan baharu kami kekal sihat, jadi kami berharap dapat meneruskan trajektori pertumbuhan jualan kami untuk sepanjang tahun ini.

“Dalam beberapa bulan akan datang, PROTON juga akan membuat beberapa pengumuman untuk membentuk hala tuju syarikat untuk tahun 2023 dan seterusnya. Ini merupakan tahun yang sibuk kerana kami mewujudkan kehadiran kami dalam segmen baharu, memasuki pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) dan melangkah ke depan dalam usaha EV kami apabila jualan pintar #1 bermula,” jelasnya lagi.

Juga baca: Proton X50 terpakai - dari RM 80k, SUV nasional terhangat dah susut harga, ini panduan membelinya

Proton Persona terpakai serendah RM 33k, berbaloi sedan segmen-B pada harga Saga?

Spyshot: Imej kabin dalaman Proton X90 tertiris, tiada gimik dan lebih praktikal!

Jualan Proton kencang pada 2022, membolehkan DRB-HICOM catat keuntungan sebanyak RM 409.99 juta sebelum cukai!

Proton X50 dan Proton X70 dilancarkan di Afrika Selatan, dah 10 tahun tiada model Proton di sana!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda