window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lebih 3,700 tempahan diterima untuk Mitsubishi Xpander 2020 di Malaysia!

Mersita · Dec 9, 2020 12:30 PM

Lebih 3,700 tempahan diterima untuk Mitsubishi Xpander 2020 di Malaysia! 01

Mitsubishi Xpander 2020 yang baru dilancarkan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan lebih daripada 3,700 tempahan terkumpul sejak tempahan dibuka pada 22 Oktober.

Buku tempahannya cukup tebal sehingga menyebabkan MMC Manufacturing Malaysia – syarikat usaha-sama Malaysia – Jepun yang menjalankan produksi Xpander di Pekan (dalam kawasan kilang DRB-Hicom) – cukup sibuk dalam kerja-kerja pemasangan Xpander sehingga hujung tahun ini.

Lebih 3,700 tempahan diterima untuk Mitsubishi Xpander 2020 di Malaysia! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Peruntukan unit Xpander bagi tahun 2020 sudahpun laris terjual. Malah, pelanggan yang menempah Xpander pada bulan November hanya akan menerima unit Xpander mereka pada awal tahun 2021 dan ini bermaksud mereka terlepas peluang untuk menikmati pengecualian cukai SST yang diberikan bagi kereta-kereta penumpang CKD. Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) tidak dapat membuat apa-apa kerana ia adalah polisi kerajaan buat masa ini.

Lebih 3,700 tempahan diterima untuk Mitsubishi Xpander 2020 di Malaysia! 01

Mitsubishi Xpander ialah sebuah crossover MPV-SUV 7 tempat duduk segmen B yang bersaing dengan Perodua Aruz, Honda BR-V, Toyota Rush, dan Toyota Avanza.

Lebih 3,700 tempahan diterima untuk Mitsubishi Xpander 2020 di Malaysia! 02

Seperti pesaing-pesaingnya, ia dikuasakan dengan enjin ‘naturally aspirated’ 1.5 liter. Jika anda nak tahu kelebihan dan kekurangan Xpander dengan lebih dekat lagi, anda boleh baca artikel ini. Jika anda nak tahu kos servis atau penjagaannya pula, anda boleh lihat di sini.

Harga bermula dari RM 91,359, sah sehingga 31 Disember 2020. Setelah tamat tempoh pengecualian SST, harganya dianggarkan akan naik sehingga RM 94,800 (anggaran).

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda