window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lebih 50,000 kereta dijangka tersadai. Mampukah mangsa banjir baiki kereta tenggelam?

Mersita ยท Dec 24, 2021 06:00 PM

Lebih 50,000 kereta dijangka tersadai. Mampukah mangsa banjir baiki kereta tenggelam? 01

Bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia baru-baru ini benar-benar membuka mata kita tentang persediaan kecemasan dan kesiapsiagaan ketika berdepan situasi tidak dijangka.

Masa ini jugalah kita lihat syarikat-syarikat dalam industri otomotif menghulurkan bantuan dan media massa menyebarkan info serta tip-tip menghadapi banjir.

Lebih 50,000 kereta dijangka tersadai. Mampukah mangsa banjir baiki kereta tenggelam? 02

Antara tanda enjin kereta masuk air

Walau tip dan nasihat ini amat berguna, kehampaan masih terpancar di wajah mangsa-mangsa banjir dan sudah terlewat bagi mereka untuk merubah apa yang sudah terjadi. Menurut laporan FMT, dianggarkan lebih 50,000 buah kereta tenggelam akibat banjir di tujuh negeri dan disebabkan kos baik pulih yang tinggi, kereta-kereta ini akan terus tersadai.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sudah jatuh, ditimpa tangga pula. Barangan asas di dalam rumah perlu diutamakan terlebih dahulu, apatah lagi hendak membaiki kereta.

Kos pembersihan dan pembaikan kereta banjir tinggi?

Lebih 50,000 kereta dijangka tersadai. Mampukah mangsa banjir baiki kereta tenggelam? 01

Tinjauan WapCar.my di pusat servis Nissan mendedahkan caj kerja pembersihan sahaja sudah mencecah RM 1,700 untuk sedan. Bagi MPV, SUV, trak pikap, dan van pula menelan belanja RM 2,000.

Menurut laporan portal itu juga, jurucakap pusat servis Honda memberitahu anggaran kos baik pulih kenderaan rosak akibat banjir ialah sekitar RM 15,000 hingga RM 20,000. Pemilik kereta import pula terpaksa membayar lebih untuk kos alat ganti.

Kos pembaikan termasuklah pemulihan enjin, unit kawalan elektronik (ECU), dan alat ganti. Kos 'full overhaul' juga selalunya bermula dari RM 4,000 atau RM 5,000 ke atas, bergantung pada model kereta.

Baca juga: Kenapa dan bila anda perlu buat overhaul dan top overhaul enjin kereta?

Lebih 50,000 kereta dijangka tersadai. Mampukah mangsa banjir baiki kereta tenggelam? 02

Diskaun yang ditawarkan syarikat-syarikat otomotif bagi kerja pembaikan (labour charge) dan alat ganti kenderaan terjejas banjir adalah sekitar 15% hingga 30%. Bank juga menyatakan komitmen dalam membantu peminjam, ada juga yang mengumumkan moratorium.

Ya, ini membantu sedikit sebanyak, namun bagi kebanyakan rakyat Malaysia golongan B40 dan M40, cukupkah duit simpanan mereka, itu pun kalau ada?

Baca juga: Bantuan banjir: Bank Rakyat tawar moratorium pinjaman 6 bulan, permohonan sudah dibuka

Mangsa banjir ada perlindungan 'special perils' dalam polisi insuran kenderaan mereka?

Lebih 50,000 kereta dijangka tersadai. Mampukah mangsa banjir baiki kereta tenggelam? 03

Mungkin ada ‘bunyi-bunyi unggas’ yang mengatakan insuran kenderaan sepatutnya disertakan dengan lindungan ‘special perils’ (bahaya khas) berkaitan bencana alam bagi mengurangkan beban kos baik pulih kereta.

Eloklah sekiranya ada, namun bagi penduduk Lembah Klang yang ditimpa “banjir teruk pertama sejak 50 tahun lalu” dikala musim pandemik COVID-19 yang menekan kewangan sejak awal tahun lalu – penulis tertanya berapa ramaikah pemegang polisi kenderaan bermotor yang memilih opsyen tambahan ini?

Lebih 50,000 kereta dijangka tersadai. Mampukah mangsa banjir baiki kereta tenggelam? 04

Tidak dinafikan ada golongan yang tidak mampu membeli opsyen tambahan dalam polisi kenderaan motor mereka. Penambahan ‘special perils’ dalam polisi insuran kereta saja sudah memakan kos sekurang-kurangnya sekitar RM 200 (NCD penuh), tak termasuk bayaran untuk polisi asas.

Tambahan pula, seperti yang kami pernah bincangkan dalam entri terdahulu, proses menyelesaikan tuntutan insuran kenderaan bukannya mudah.

Baca juga: Penipuan berbilion RM setiap tahun, industri insuran kenderaan Malaysia perlu dirombak

Meskipun ada simpanan untuk baik pulih kereta, berbaloikah?

Lebih 50,000 kereta dijangka tersadai. Mampukah mangsa banjir baiki kereta tenggelam? 05

Menurut pengalaman kami, kereta ditenggelami banjir sememangnya boleh dibaik pulih dan boleh dipandu semula.

Tapi, usah jangkakan yang ia akan berfungsi dengan baik dalam jangkamasa panjang kerana komponen elektronik di dalam kereta besar kemungkinannya sudah kacau-bilau. Tingkap kereta apabila dibuka tak boleh tutup semula, ‘alarm’ berbunyi tiba-tiba, dan macam-macam lagi.

Lebih 50,000 kereta dijangka tersadai. Mampukah mangsa banjir baiki kereta tenggelam? 06

Apa pun, terpulang kepada pemilik untuk mengambil langkah seterusnya. Mungkin ada golongan yang tutup mata saja terhadap isu lain, asalkan kereta 'boleh jalan'. Masa yang diambil untuk membaik pulih juga mungkin panjang kerana bengkel dijangka menerima permintaan tinggi.

Bencana ini membawa macam-macam kerosakan, dan bagi pemegang polisi insuran yang menyeluruh anggaplah anda bernasib baik. Berapa ramaikah pemilik yang sanggup baik pulih kereta mereka?

Berita berkait: Polis dah tangkap suspek dalam kes tular ‘tow truck’ curi kereta mangsa banjir

Lain-lain bantuan bencana banjir 2021:

Mangsa banjir: Penggantian percuma untuk LKM, LMM, sijil pemilikan kenderaan sementara

Perodua syarikat kereta pertama Malaysia yang tawarkan bantuan banjir kepada pelanggan

Tenggelam banjir? BMW Malaysia tawar diskaun 20% & rebat RM 300 untuk baiki kereta pemilik

Volkswagen Malaysia bantu pemilik kereta VW yang terkesan banjir

UMW Toyota tawar diskaun 25% untuk baiki kenderaan pemilik yang tersekat dalam banjir

Proton tawar diskaun untuk pelanggan mangsa banjir - RM 300 untuk bantuan caj tunda, pembersihan kereta

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda