window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lebih banyak ambulans bertekanan negatif akan digerakkan untuk pesakit COVID-19 di Malaysia

Mersita ยท Jun 21, 2021 02:00 PM

Lebih banyak ambulans bertekanan negatif akan digerakkan untuk pesakit COVID-19 di Malaysia 01

Bagi menangani pandemik yang kian mencengkam negara kita, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru sahaja menggerakkan ambulans Maxus V80 bertekanan negatif (Negative Pressure) yang pertama bagi KKM untuk Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRC) MAEPS 2.0; dan banyak lagi unit ambulans akan diperoleh dalam masa terdekat bagi pusat-pusat rawatan lain.

Lebih banyak ambulans bertekanan negatif akan digerakkan untuk pesakit COVID-19 di Malaysia 02

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba berkata KKM akan mula mengeluarkan tender bagi 500 unit ambulans jenis ini, dan bagi ambulans-ambulans lain KKM akan menggunakan sistem pajakan mengikut zon.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Usaha ini adalah bagi menyelesaikan isu logistik untuk pesakit-pesakit COVID-19. Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin, terdahulu mengumumkan tambahan peruntukan sebanyak RM 1 bilion lagi bagi meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihatan awam di bawah bantuan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) yang diumumkan pada 31 Mei 2021.

Lebih banyak ambulans bertekanan negatif akan digerakkan untuk pesakit COVID-19 di Malaysia 01

Beliau berkata ambulans bertekanan negatif amat penting terutama sekali di lokasi-lokasi dengan kes COVID-19 yang tinggi kerana ia dilengkapi dengan ciri-ciri pembersihan udara dalam kabin bagi meningkatkan tahap keselamatan dikalangan pesakit dan anggota bertugas.

Ambulans berkenaan berserta dua ambulans biasa lain diserahkan kepada KKM di PKRC MAEPS, Serdang oleh Ketua Pegawai Eksekutif Weststar Group Automotive Division, Syed Muhammad Ammar Syed Azman, dalam satu majlis perasmian yang disempurnakan oleh Datuk Seri Adham Baba pada pagi Sabtu lalu (19 Jun).

Lebih banyak ambulans bertekanan negatif akan digerakkan untuk pesakit COVID-19 di Malaysia 02

Tekanan negatif di dalam ambulans jenis Maxus V80 (138 PS/330 Nm) ini dihasilkan menerusi perangkap ruang pengasingan (isolation chamber) yang diperbuat daripada filem TPU istimewa dan diperkukuhkan dengan tiang ABS di setiap sisi strukturnya.

Lebih banyak ambulans bertekanan negatif akan digerakkan untuk pesakit COVID-19 di Malaysia 03

Udara di dalam kabin pula dibersihkan dengan menggunakan penapis HEPA dan lampu ultraviolet (UV) bagi melindungi penumpang daripada penyakit berjangkit, terutama sekali yang tersebar melalui udara.

Udara hanya akan dikeluarkan atau discaj selepas ditapis dan ini akan menghalang patogen dan bakteria merbahaya daripada merebak. Sistem pengudaraan di dalam ambulans ini juga akan sentiasa dikawalrapi supaya berada pada tahap barometrik tertentu berbanding dengan udara luar.

Lebih banyak ambulans bertekanan negatif akan digerakkan untuk pesakit COVID-19 di Malaysia 04

Ambulans istimewa ini juga dilengkapi dengan penggera keselamatan untuk mengesan sebarang kebocoran udara di dalam kabin supaya tindakan segera boleh diambil serta-merta.

Ambulans ini turut dilengkapi kelengkapan seperti pod isolasi dan usungan (stretcher) khas yang bukan sahaja dapat menjaga pesakit, malah melindungi petugas perubatan yang mengendalikannya.

Ambulans sebegini telah diuji dan terbukti dalam menangani penyebaran virus COVID-19 di Wuhan, China sebelum ini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Maxus V80 Panel Van

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda