window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lebih banyak EV untuk Sarawak, SEDC Energy terima Tesla Model Y

Mersita ยท Feb 4, 2023 12:00 PM

Lebih banyak EV untuk Sarawak, SEDC Energy terima Tesla Model Y 01

Persatuan Pengimpot Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Cawangan Sarawak dengan kerjasama SEDC Energy Sdn Bhd telah memeterai satu jalinan kerjasama untuk membawa masuk lebih banyak kenderaan elektrik (EV) ke Sarawak.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Datuk Husain berkata, anak syarikat SEDC iaitu SEDC Energy menjadi perintis model langganan EV di Sarawak bermula dengan Tesla Model Y.

Lebih banyak EV untuk Sarawak, SEDC Energy terima Tesla Model Y 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Katanya, kerjasama PEKEMA Sarawak dalam usaha meluaskan penggunaan kenderaan hijau dan membangunkan pasaran EV di negeri itu dianggap sangat progresif. Peningkatan kemasukan EV pelbagai model di pasaran juga mungkin boleh meningkatkan penerimaan dan keyakinan orang ramai terhadap EV, jelasnya lagi.

Juga baca: UMW Toyota serah Toyota Mirai kepada k'jaan Sarawak, satu-satunya armada kenderaan berkuasa hidrogen di Malaysia!

Lebih banyak EV untuk Sarawak, SEDC Energy terima Tesla Model Y 01

Presiden Pekema Datuk Ismail Abang Saufi pula berkata syarikatnya komited untuk bekerjasama dengan kerajaan dan organisasi swasta untuk menambah jumlah stesen mengecas kenderaan elektrik di Sarawak, lapor Sarawak Voice.

Sebuah Tesla Model Y turut diserahkan secara simbolik kepada SEDC Energy Sdn Bhd dalam acara EV Adoption Event: EV-fy SARAWAK yang berlangsung di Pustaka Negeri Sarawak, Kuching pada Rabu. Tesla berkenaan merupakan Tesla pertama yang diserahkan kepada SEDC Energy dan diharap selepas ini akan lebih banyak permintaan EV daripada Kerajaan Negeri Sarawak.

Lebih banyak EV untuk Sarawak, SEDC Energy terima Tesla Model Y 02

Acara berkenaan disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg.

Beberapa buah EV yang sudahpun sedia ada dalam pasaran turut dipamerkan oleh PEKEMA Sarawak termasuk Tesla Model-3, MG ZS, Kia EV6, BMW iX dan BMW iX3. Satu unit sistem pengecasan pantas AC/DC yang dibawakan khas oleh VSD Automation turut ditayangkan.

Juga baca: Hantar kereta dan motosikal ke Sabah atau Sarawak? Ada 4 cara yang perlu anda tahu!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Tesla Model Y Rear-Wheel Drive

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda