window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lebih laris, Honda City Hatchback di Indonesia terjual 2x ganda Honda Jazz!

Haris ยท Jun 14, 2021 11:59 AM

Lebih laris, Honda City Hatchback di Indonesia terjual 2x ganda Honda Jazz! 01

Model hatchback terbaru Honda untuk rantau ASEAN, Honda City Hatchback tidak memerlukan masa yang lama untuk melakukan impak di Indonesia. Ketika ini, model Honda City Hatchback telah menerima hingga 3,000 unit tempahan sejak dilancarkan pada bulan April sehingga bulan Mei 2021.

Lebih laris, Honda City Hatchback di Indonesia terjual 2x ganda Honda Jazz! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut Yusak Billy, pengarah Business, Innovation and Sales & Marketing di PT Honda Prospect Motor berkata “tempahan sejak Honda City Hatchback dilancarkan adalah sebanyak 3,000 unit manakala sebanyak 1,500 unit telah pun dihantar kepada pelanggan.”

Lebih laris, Honda City Hatchback di Indonesia terjual 2x ganda Honda Jazz! 01

Honda City Hatchback juga telah mendapat pengurangan PPnBM, bertujuan untuk membantu meningkatkan jualan kereta di Indonesia seperti mana langkah pengecualian cukai SST di Malaysia.

“Oleh disebabkan permintaan yang tinggi, terdapat sedikit penangguhan giliran pengeluaran. Berapa bulan? Itu sukar dijawab kerana giliran menunggu ini berbeza-beza mengikut daerah dan trim. Ada yang sampai bulan Julai, ada yang sampai bulan Ogos 2021.” ujar Billy lagi.

Lebih laris, Honda City Hatchback di Indonesia terjual 2x ganda Honda Jazz! 02

Laman Autonetmagz turut mengulas bahawa model Honda yang lain mengalami giliran menunggu yang lebih kritikal berbanding Honda City Hatchback, disebabkan oleh pengurangan PPnBM dan juga kilang pengeluaran Honda yang tidak dapat beroperasi dengan kapasiti penuh akibat daripada wabak Covid-19.

Lebih laris, Honda City Hatchback di Indonesia terjual 2x ganda Honda Jazz! 03

Jangkaan awal untuk prestasi jualan Honda City Hatchback adalah sekitar 1,000 unit sebulan namun sambutan pembeli telah menyaksikan peningkatan 1.5% berbanding sasaran awal.

Selain itu, prestasi jualan Honda City Hatchback juga adalah 2 kali ganda berbanding Honda Jazz sebelum ini yang berada sekitar 550 - 600 unit sebulan.

Lebih laris, Honda City Hatchback di Indonesia terjual 2x ganda Honda Jazz! 04

Honda City hatchback pasaran Indonesia hadir dengan hanya 1 varian dan pilihan enjin 1.5 liter NA, tanpa sebarang tawaran enjin hibrid mahupun turbo. Menariknya, ia juga ditawarkan dalam transmisi manual 6-kelajuan yang tiada dalam pasaran Thailand, Malaysia (mungkin) dan Filipina.

Pasaran Malaysia dijangka akan menerima Honda City Hatchback pada akhir tahun 2021 ini.

Bacaan Lanjut:

Honda City Hatchback 2021 pelancaran Filipina - varian RS sahaja, model LHD pertama di dunia!

Honda City Hatchback di Indonesia terlalu laku, cantas jualan Toyota Yaris hampir 4x ganda!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda