window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lebih separuh daripada semua Toyota Camry dan Honda Accord yang dijual di Thailand adalah hibrid!

Zamil Syaheer Β· Sep 4, 2022 08:00 PM

Lebih separuh daripada semua Toyota Camry dan Honda Accord yang dijual di Thailand adalah hibrid! 01

Hibrid kini merangkumi lebih separuh daripada pasaran sedan segmen D Thailand - yang kini telah dikurangkan kepada hanya dua kereta sahaja berikutan pemberhentian Nissan Teana di sana. Toyota Camry dan Honda Accord adalah satu-satunya penjual volum dalam segmen tersebut.

Camry mempunyai 64 peratus bahagian pasaran, manakala selebihnya daripada Honda Accord.

Lebih separuh daripada semua Toyota Camry dan Honda Accord yang dijual di Thailand adalah hibrid! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut data yang dikumpulkan oleh headlightmag, hibrid menyumbang hampir 53 peratus daripada jualan Toyota Camry (52.9 peratus), begitu juga untuk Honda Accord (53.7 peratus).

Di Thailand, kedua-dua model boleh didapati dengan dua pilihan enjin - 2.5 liter aspirasi natural dan hibrid 2.5 liter untuk Toyota Camry; dan 1.5 liter pengecas turbo dan 2.0 liter hibrid untuk Honda Accord.

Lebih separuh daripada semua Toyota Camry dan Honda Accord yang dijual di Thailand adalah hibrid! 01

Antara Januari hingga Julai 2022, Toyota menjual 3,562 unit Camry manakala Honda menjual 1,979 unit. Tidak dinafikan kekurangan bahagian semikonduktor menyekat jualan.

Baca juga: Rebiu: Toyota Camry facelift 2022 – penuh dengan ciri eksekutif, dah tak perlu beli segmen premium?

Lebih separuh daripada semua Toyota Camry dan Honda Accord yang dijual di Thailand adalah hibrid! 02

Kereta ewa persendirian, penggunaan komersial Camry boleh dikenal pasti dengan plat lesen hijau mereka

Data Headlightmag tidak dipecahkan mengikut jenis pendaftaran tetapi kami memahami bahawa sebahagian besar jualan Camry datang daripada pengendali armada – kereta airport transfer, hotel, dan kereta sewa premium.

Varian aspirasi natural 2.5 liter biasa yang lebih murah adalah varian paling popular untuk pembeli armada.

Lebih separuh daripada semua Toyota Camry dan Honda Accord yang dijual di Thailand adalah hibrid! 03

Accord ialah No.1 dalam segmen untuk pelanggan persendirian

Adalah munasabah untuk mengatakan bahawa jika kita melihat hanya pembeli kereta persendirian, Honda Accord, khususnya Honda Accord Hybrid, adalah pilihan No.1 pelanggan Thailand.

Di Malaysia, UMW Toyota Motor mahupun Honda Malaysia tidak bercadang untuk memperkenalkan varian hibrid Camry atau Accord.

Camry diimport (CBU) dari Thailand, yang menarik cukai yang lebih tinggi jadi ia berharga RM 209,800. Varian hibrid yang lebih mahal memang takkan laku di sini.

Lebih separuh daripada semua Toyota Camry dan Honda Accord yang dijual di Thailand adalah hibrid! 04

Walaupun Honda Accord dipasang secara tempatan (CKD) di Pegoh, Melaka, harga permulaan RM 187,400 masih sangat tinggi dan varian hibrid yang lebih mahal mempunyai potensi pasaran yang sangat terhad, kerana ia akan dijual terlalu hampir dengan BMW 3 Series, yang biasanya dijual oleh pengedar dengan diskaun yang sangat tinggi.

Baca juga: Rebiu: Honda Accord 1.5 TC-P 2020, ruang dan gajet macam BMW 7 Series bawah RM 200k!

Namun begitu, Honda Civic Hybrid memang ada dalam perancangan Honda tahun ini, jadi kita tunggu dan lihat.

 

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Camry 2.5V

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda