window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lebih ‘rare’ dari Satria GTi, RM 13k untuk Proton Putra yang berumur 24 tahun, baloi tak nak beli?

Zamil Syaheer · Dec 19, 2021 10:00 AM

Lebih ‘rare’ dari Satria GTi, RM 13k untuk Proton Putra yang berumur 24 tahun, baloi tak nak beli? 01

Jika anda seorang remaja yang hidup melalui tahun 90an, Proton pada masa itu sangat berbeza daripada sekarang. Tiada satu model SUV, tetapi kereta sporty untuk dipandu seperti Proton Satria GTi, dan subjek kita hari ini, Proton Putra.

Ok, kita tidak akan bercakap samaada perubahan strategi dan produk Proton adalah baik ataupun tidak. Apa yang kami ingin tahu ialah, selepas 25 tahun, adakah Proton Putra masih layak diberi perhatian untuk dimiliki? Inilah yang anda perlu tahu mengenai pembelian Proton Putra terpakai.

Varian Proton Putra mana yang terbaik?

Lebih ‘rare’ dari Satria GTi, RM 13k untuk Proton Putra yang berumur 24 tahun, baloi tak nak beli? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dilancarkan pada 1996, Proton Putra hadir dalam satu varian, iaitu 1.8 EXi. Enjin 4G93P 1.8 liter, 4 silinder (140 PS, 164 Nm) adalah satu-satunya pilihan enjin yang ditawarkan, berkongsi dengan Satria GTi dan Wira C99.

Dari segi transmisi, semua Putra didatangkan sama ada dengan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan. Secara asasnya, Proton Putra adalah Mitsubishi Mirage Asti.

Juga baca: Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu

Lebih ‘rare’ dari Satria GTi, RM 13k untuk Proton Putra yang berumur 24 tahun, baloi tak nak beli? 01

Mitsubishi Mirage Asti

Pengeluaran Putra agak singkat kerana ia ditarik keluar dari bilik pameran pada tahun 2001. Menariknya, ia kembali ke bilik pameran pada tahun 2004 kerana Proton masih mempunyai unit Putra yang tidak terjual. Walau apa pun, Proton Putra sememangnya jarang dilihat di jalan raya kita.

Lebih ‘rare’ dari Satria GTi, RM 13k untuk Proton Putra yang berumur 24 tahun, baloi tak nak beli? 02

Putra 2004 yang 'dilancarkan semula' juga menampilkan reka bentuk roda yang berbeza daripada kumpulan asal (Kredit: Wikipedia)

Semasa baru, Proton Putra dijual pada harga RM 68,887 (~RM 118k dalam wang hari ini). Dalam pasaran kereta terpakai hari ini, anda boleh membeli model Putra tahun 1997 dengan harga kurang daripada RM 14k. Tetapi, makin sukar untuk mencari unit yang cantik dan tidak diubah suai, tetapi ia tidak mustahil.

Nasihat kami adalah untuk mendapatkan unit terpakai dari tahun 1996 hingga 2001, kerana ia dilengkapi dengan lebih banyak kelengkapan (kami akan huraikan sebentar saja lagi). Juga, pilihlah unit manual kerana transmisi automatik 4-kelajuan terasa amat kuno dan lembab.

Juga baca: Ini kisah Proton Putra Rali! Siapa kata Proton buang sejarah?

Kenapa saya patut beli Proton Putra?

Lebih ‘rare’ dari Satria GTi, RM 13k untuk Proton Putra yang berumur 24 tahun, baloi tak nak beli? 03

Dengan rim berwarna emas, dah nampak ala Subaru Impreza WRX!

Ini yang akan kami katakan: Proton Putra adalah kereta pilihan bagi peminat pemanduan yang ‘low-profile’ dan unik. Ini kerana untuk wang yang sama, kebanyakkan orang akan membeli Proton Satria GTi. Ini adalah pilihan yang lebih 'jelas' untuk kebanyakan pembeli yang membeli-belah dalam segmen pasaran ini.

Juga baca: Top 12 - Proton Satria dan Satria Neo yang 'rare' dan unik!

Lebih ‘rare’ dari Satria GTi, RM 13k untuk Proton Putra yang berumur 24 tahun, baloi tak nak beli? 04

Putra pula nampak lebih bersahaja antara keduanya. Ia kurang menarik perhatian dan tetap hebat dari segi prestasi dan keseronokan pemanduan. Bagi para peminat pemanduan, Putra adalah salah satu cara yang mampu milik untuk memiliki sebuah sportscar.

Juga baca: Proton Putra – sportscar buatan Malaysia, ini 8 sebab kenapa ia ciptaan paling agung

Lebih ‘rare’ dari Satria GTi, RM 13k untuk Proton Putra yang berumur 24 tahun, baloi tak nak beli? 05

Satria GTi merupakan pilihan 'standard' bagi mana yang nak Proton berprestasi.

Sebagai permulaan, ia diberkati dengan rupa yang kacak dengan profil coupe hidung panjang dan, belakang yang pendek. Malah, bahagian belakang Putra mengingatkan penulis kepada Subaru Impreza generasi pertama (GC).

Enjin 4G93P 1.8 liter tidak mempunyai kuasa kuda yang amat tinggi, tetapi dengan berat hanya 1,007 kg sahaja, Putra mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 8.7 saat.

Lebih ‘rare’ dari Satria GTi, RM 13k untuk Proton Putra yang berumur 24 tahun, baloi tak nak beli? 01

Dari segi ‘handling’ pula, dari kilang, Proton Putra tampil standard dengan sistem suspensi MacPherson di hadapan, dan sistem multi-link di belakang yang dikira amat menakjubkan bagi sebuah model Proton.

Menambah kepada resipi yang menyeronokkan untuk dipandu ialah transmisi manual 5-kelajuan yang menyelerakan serta barangan tambahan seperti tempat duduk Recaro N-Joy, stereng empat jejari Momo Daytona dan tombol gear Momo.

Lebih ‘rare’ dari Satria GTi, RM 13k untuk Proton Putra yang berumur 24 tahun, baloi tak nak beli? 02

Perlu kami ingatkan bahawa Proton Putra keluaran tahun 2004 tidak menerima tempat duduk Recaro dan stereng serta tombol gear Momo, menjadikannya kurang mantap.

Secara keseluruhannya, Putra ialah sebuah coupe 2 pintu yang memuatkan empat (lima pun boleh tapi sempit sikit), mempunyai but, dan cukup praktikal untuk menangani masalah harian. Best kan?

Juga baca: Memandu Proton Putra 1.8 EXi yang macam baru ini mengimbau era kegemilangan Proton pada 90an!

Susah tak nak jaga Putra? Apakah isu yang biasa terjadi?

Lebih ‘rare’ dari Satria GTi, RM 13k untuk Proton Putra yang berumur 24 tahun, baloi tak nak beli? 03

Enjin 4G93P.

Proton Putra tidak terlalu mahal untuk diselenggara, memandangkan ia dilengkapi dengan enjin 1.8 liter dan secara mekanikal, bukanlah kereta yang sangat kompleks.

Kos pemilikan Proton Putra
Cukai jalan (RM) 280
Tayar/sebiji (RM) 220
Saiz tayar 195/50
R15
10k km
Servis ringan (RM)
160

Kebanyakan pemilik juga akan menukar tayar dan rim standard berukuran 14-inci, tetapi demi panduan ini, kita akan meletakkan pilihan rim 15-inci kerana pilihan tayar agak luas untuk saiz ini.

Lebih ‘rare’ dari Satria GTi, RM 13k untuk Proton Putra yang berumur 24 tahun, baloi tak nak beli? 01

Untuk mengetahui sama ada Proton Putra mempunyai sebarang masalah biasa, WapCar.my bercakap dengan Suriya Sankaran, salah seorang pengasas Dream Street Restoration, pakar dalam memulihkan model Proton C99 seperti Satria GTi dan R3, Wira 1.8, dan sudah tentu, Putra.

Berbesar hati untuk berkongsi pandangannya, Suriya berkata bahawa enjin 4G93P ialah salah satu enjin yang paling tahan pernah digunakannya. Dia telah melihat pelanggan Putra-nya dengan enjin yang sama melepasi 250,000 km tanpa sebarang masalah dengan penjagaan dan penyelenggaraan yang betul.

Lebih ‘rare’ dari Satria GTi, RM 13k untuk Proton Putra yang berumur 24 tahun, baloi tak nak beli? 02

Dream Street Restoration membaiki karat pada sendi bumbung Putra.

Beberapa isu yang beliau hadapi dengan Putra yang tidak diselenggara dengan baik termasuk bunyi yang datang dari lifter hidraulik enjin (RM 1.2k untuk diganti), dan pam klac yang haus (RM 150 untuk diganti).

Satu perkara pelik yang dibangkitkan oleh Suriya tentang Putra ialah badan kereta itu sendiri. Dia menyebut Putra yang dihasilkan sebelum Oktober 2001 terdedah kepada masalah karat pada sendi. Ini disebabkan oleh jenis gam badan yang digunakan, dan selalunya terjadi di bumbung, pintu, bonet depan atau/dan belakang.

Lebih ‘rare’ dari Satria GTi, RM 13k untuk Proton Putra yang berumur 24 tahun, baloi tak nak beli? 03

Kerana alat ganti untuk eksterior Putra bukanlah yang paling mudah diperoleh, Suriya berkata sukar untuk memberikan anggaran harga bagi menyelesaikan masalah ini. Walau bagaimanapun, dia boleh membantu anda menilai keadaan Putra yang mungkin anda minati.

Suriya menambah bahawa enjin 4G93P tidak memerlukan minyak enjin sintetik sepenuhnya. Enjin ini lebih suka minyak separa sintetik atau mineral. Dia mengesyorkan menggunakan sekurang-kurangnya kelikatan 10W-40 untuk enjin ini.

Konklusi

Lebih ‘rare’ dari Satria GTi, RM 13k untuk Proton Putra yang berumur 24 tahun, baloi tak nak beli? 01

Dengan trend model SUV pada masa kini, rasanya tidak aka nada model pengganti. Apa-apa pun, Proton Putra yang sudah an kekal sebagai salah satu usaha Proton yang cemerlang, walaupun ia bukan sebuah produk yang begitu laku. Proton Putra tidak mencapai taraf komersil seperti Satria GTi. Malah, model Tiara lebih laris daripada Putra suatu ketika dulu.

Apapun, ramai yang kini melihat kembali model ini dengan penuh suka. Ia merupakan sportscar yang mampu milik dengan kawalan pemanduan yang baik dan tidaklah begitu mahal untuk dijaga. Lagipun, model ni ‘rare’, jadi adalah poin lebih untuk belanja, betul tak?

Lebih ‘rare’ dari Satria GTi, RM 13k untuk Proton Putra yang berumur 24 tahun, baloi tak nak beli? 02

@wapcar_zamil

SUV punya pasal, coupe kian pupus! ##learnontiktok ##fypmalaysia ##carmalaysia ##belajaronline ##kelastiktok ##malaysia ##proton ##protonputra ##mitsubishi ##carsoftiktok

♬ Despair (抖音热播) - 初梦

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda