window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lebuh raya sesak 8 km, kawasan tarikan pelancong dihujani pengunjung

Mersita · Dec 14, 2020 04:00 PM

Lebuh raya sesak 8 km, kawasan tarikan pelancong dihujani pengunjung 01

Semenjak kelonggaran perjalanan rentas negeri diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob beberapa minggu lepas, ramai yang merancang untuk keluar bercuti dan balik ke kampung halaman untuk urusan masing-masing.

Dengan cuti hujung minggu panjang pada Jumaat hingga Ahad lepas, seperti yang dijangkakan lebuhraya utama di Semenanjung Malaysia dipenuhi oleh kenderaan awam yang menuju ke pelbagai destinasi. Ini menyebabkan kesesakan yang teruk, dan selalunya pasti ada kemalangan yang berlaku.

Lebuh raya sesak 8 km, kawasan tarikan pelancong dihujani pengunjung 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Harian Metro melaporkan yang kemalangan 7 buah kenderaan yang berlaku di KM 261.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran persimpangan Port Dickson-Seremban semalam telah menyebabkan kesesakan lalu-lintas sepanjang 8 kilometer! Maklumat awal mengatakan yang kemalangan itu melibatkan kira-kira 20 orang yang terbabit tetapi tiada kemalangan jiwa yang direkodkan.

Lebuh raya sesak 8 km, kawasan tarikan pelancong dihujani pengunjung 01

Pengunjung ke Genting Highlands hujung minggu lepas. Gambar: 我们是马来西亚人 We are Malaysians

Kami juga menerima beberapa maklumat tentang kawasan-kawasan tarikan pelancong yang dipenuhi oleh pengunjung dan menyebabkan kesesakan teruk. Antaranya termasuklah Cameron Highlands, Melaka, dan Genting Highlands.

Jauh nun di utara pula, Pekan Rantau Panjang dilaporkan kembali ‘bernafas’ oleh Berita Harian pada hujung minggu yang sama. Lokasi zon bebas cukai itu mula dibanjiri pengunjung dan setelah sekian lama gersang tanpa pelanggan, hampir semua kedai dan gerai yang dibuka untuk menerima kehadiran pelanggan yang datang dari jauh dan dekat.

Lebuh raya sesak 8 km, kawasan tarikan pelancong dihujani pengunjung 02

Para peniaga di sana menzahirkan rasa syukur mereka kerana mereka bergelut dalam kelangsungan hidup semenjak PKP dan PKPB dikuatkuasakan disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang melumpuhkan bukan saja sektor pelancongan di sana, malah seluruh negara.

Kelonggaran SOP ini pun dilaksanakan bagi tujuan ini – iaitu sebagai langkah pemulihan sektor pelancongan domestik. Para pengunjung masih lagi mematuhi SOP seperti memakai pelitup muka, mengekalkan penjarakan sosial yang selamat, serta mengimbas kod QR MySejahtera bagi setiap lokasi yang dikunjungi.

Dalam hemat penulis, kelonggaran SOP ini sebolehnya janganlah digunakan sewenang-wenangnya dan haruslah diteliti sebelum anda merancang perjalanan. Kesihatan dan keselamatan harus jadi keutamaan pada setiap masa ketika bercuti bersama keluarga, kerana jika sektor pelancongan tidak dibantu, semakin banyak perniagaan akan kecundang dan ini juga menjadi satu kerisauan yang nyata perlukan perhatian.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda