window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lebuhraya DASH mula kutipan tol esok, ini kadar yang dikenakan mengikut kelas kenderaan

Mersita ยท Nov 30, 2022 07:00 PM

Lebuhraya DASH mula kutipan tol esok, ini kadar yang dikenakan mengikut kelas kenderaan 01

Pengguna di Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akan mula dikenakan tol bermula esok (Khamis), 1 Disember 2022, setelah lebih sebulan (48 hari) dibuka kepada orang ramai.

Kutipan tol di lebuhraya baru berkenaan akan bermula pada jam 12.01 malam kelak. Kadar tol mengikut kelas kenderaan adalah seperti berikut:

  • Kereta (Kelas 1): RM 2.30
  • Lori (Kelas 2): RM 4.60
  • Treler (Kelas 3): RM 6.90
  • Kereta (Teksi) (Kelas 4): RM 1.20
  • Bas (Kelas 5): RM 2.30

Lebuhraya DASH mula kutipan tol esok, ini kadar yang dikenakan mengikut kelas kenderaan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn. Bhd. (Prolintas) juga ingin mengingatkan pengguna bahawa kutipan bayaran tol bagi semua jenis kenderaan hanya boleh dilaksanakan secara elektronik iaitu menerusi kad Touch โ€˜n Go, RFID, dan SmartTag.

Oleh itu, pengguna disarankan untuk sentiasa memastikan baki di dalam kad TnG dan aplikasi e-Wallet masing-masing mencukupi sebelum menghampiri plaza tol.

Juga baca: Lebuhraya DASH dirasmikan, tol percuma hingga 30 November - boleh kurangkan kesesakan hingga 40%

Lebuhraya DASH mula kutipan tol esok, ini kadar yang dikenakan mengikut kelas kenderaan 01

Bagi melancarkan lagi pergerakan dan membantu pengguna yang menghadapi kesulitan, petugas bahagian operasi Lebuhraya DASH akan membuat pemantauan di semua plaza tol di kedua-dua arah lebuh raya terutama sekali pada waktu puncak. Pengguna boleh menghubungi talian hotline DASH di 1300 88 5522 untuk maklumat lanjut.

Lebuh raya terbaru di Lembah Klang sejauh 20.1 km dengan 13 laluan pertukaran ini mempunyai tiga plaza tol iaitu Denai Alam, RRIM (Kwasa Damansara), dan Kota Damansara. Ketiga-tiga plaza tol ini akan mengenakan kadar tol sama seperti yang tersenarai di atas.

Juga baca: Lebuhraya DASH 'port' baru lumba haram? Zul Huzaimy kecam BBNU 'pantang jumpa highway'

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda