window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lebuhraya DASH 'port' baru lumba haram? Zul Huzaimy kecam BBNU 'pantang jumpa highway'

Mersita · Oct 20, 2022 12:00 PM

Lebuhraya DASH 'port' baru lumba haram? Zul Huzaimy kecam BBNU 'pantang jumpa highway' 01

Nampak gayanya aktiviti lumba haram sudah melarat ke Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang baru sahaja dibuka minggu lalu dan ia ternyata menjengkelkan sesetengah pihak termasuk pelakon terkenal tanah air, Zul Huzaimy.

Menurut temubual beliau bersama Utusan Malaysia, Zul yang juga peminat sukan permotoran itu berkata tindakan sekumpulan pemandu yang melakukan aktiviti lumba haram yang tular di media sosial baru-baru ini barangkali dilakukan oleh ‘budak baru nak up’, atau terma popularnya BBNU.

Lebuhraya DASH 'port' baru lumba haram? Zul Huzaimy kecam BBNU 'pantang jumpa highway' 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Katanya, mereka seolah-olah pantang melihat lebuh raya baru dibuka sehingga berasa gian untuk berlumba. Ini bukan saja membahayakan diri sendiri, malah nyawa pengguna lain juga menjadi taruhan.

“Saya berani kata, kematangan budak-budak baru nak up ini rendah. Apa perasaan mereka kalau ahli keluarga sendiri menjadi mangsa kemalangan yang berpunca daripada lumba haram?” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. Menurutnya, pelumba profesional tidak akan menggunakan jalan raya awam untuk berlumba, sebaliknya trek yang khusus untuk perlumbaan.

Lebuhraya DASH 'port' baru lumba haram? Zul Huzaimy kecam BBNU 'pantang jumpa highway' 01

Juga baca: Lebuhraya DASH dirasmikan, tol percuma hingga 30 November - boleh kurangkan kesesakan hingga 40%

Zul turut mengecam tindakan sesetengah pengguna jalan raya yang sengaja membuat bising dengan kenderaan masing-masing di kawasan awam sehingga mengganggu ketenteraman orang lain.

Beliau yang juga memegang jawatan presiden Kelab Permotoran Amatur (Spark Malaysian Club) menggesa orang ramai untuk menghormati keselesaan orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri apabila berada di jalan raya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda