window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lebuhraya Malaysia jadi medan ujian PoC skuter elektrik Yamaha E01, bukan untuk dijual!

Khairil ยท Apr 22, 2022 02:00 PM

Lebuhraya Malaysia jadi medan ujian PoC skuter elektrik Yamaha E01, bukan untuk dijual! 01

Yamaha Motor Co., Ltd, semalam melakukan taklimat produk untuk model dalam segmen 'hijau' jenama itu, skuter elektrik Yamaha E01 (2022) di empat negara terbabit dalam ujian bukti-konsep (PoC) yang bakal dijalankan termasuk di Malaysia.

Turut dipilih Yamaha Motor Co., Ltd selain Malaysia adalah dua negara jiran, Indonesia, Thailand dan negara skuter, Taiwan. 

Juga baca: Skuter elektrik Yamaha E01 2022 didedahkan, Malaysia antara destinasi terpilih!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lebuhraya Malaysia jadi medan ujian PoC skuter elektrik Yamaha E01, bukan untuk dijual! 01

Selain empat negara yang disebutkan, turut terbabit dengan ujian yang dijadualkan bermula pada Julai ini adalah negara kelahiran Yamaha iaitu Jepun serta Eropah.

Sebagai info, Yamaha E01 (2022) sudah pun dipertontonkan di beberapa negara yang terbabit dengan ujian berkenaan di Eropah dan Jepun. Ia juga sudah diperkenalkan di Thailand dan terbaharu Indonesia pada bulan ini.

Lebuhraya Malaysia jadi medan ujian PoC skuter elektrik Yamaha E01, bukan untuk dijual! 02

Begitupun agak mengecewakan, kelibat skuter dengan ciri futuristik, rekaan unik dan berteknologi terkini itu masih belum dapat disaksikan di negara ini. 

Ketika sesi taklimat, wakil daripada Yamaha Motor Co., Ltd. berkata pelbagai ujian akan dijalankan dengan Malaysia dipilih kerana motosikal di negara ini dibenarkan melalui lebuhraya, sama seperti di Eropah dengan kedua-dua lokasi mempunyai keadaan cuaca yang berbeza.

Juga baca: 90 peratus motosikal Yamaha guna e-motor menjelang 2050?

Lebuhraya Malaysia jadi medan ujian PoC skuter elektrik Yamaha E01, bukan untuk dijual! 03

Secara umumnya, ujian PoC akan menilai data seperti jarak perjalanan, medium pengecasan, tempoh pengecasan serta menilai segala cabaran yang bakal ditempuh Yamaha E01 sebagai kenderaan elektrik (EV).

Ketika ini dan sebagai permulaan, hanya kilang Yamaha di Jepun mengeluarkan skuter berkenaan dan belum ada perancangan lain selain itu.

Lebuhraya Malaysia jadi medan ujian PoC skuter elektrik Yamaha E01, bukan untuk dijual! 04

Tidak banyak boleh diulas mengenai rekaan Yamaha E01 ini namun ia sememangnya agak berbeza namun moden dan berdasarkan dimensi, ia sememangnya mirip satu lagi model skuter popular jenama berkenaan, Yamaha NMax.

Mengenai trenkuasa, Yamaha E01 dijana motor elektrik berkuasa 8.1 kW pada 5,000 rpm dan tork 30.2 Nm pada 1,950 rpm dan dipacu bateri lithium-ion 4.9 kWh.

Juga baca: Skuter elektrik Yamaha EMF bakal dilancar, guna teknologi pertukaran bateri GoGoro!

Lebuhraya Malaysia jadi medan ujian PoC skuter elektrik Yamaha E01, bukan untuk dijual! 05

Tidak seperti kebanyakan skuter elektrik lain yang sudah berada di pasaran, Yamaha E01 akan menggunakan bateri tidak boleh dicabut pasang yang dibangunkan sendiri oleh Yamaha.

Untuk pengecasan penuh, Yamaha berkata jarak perbatuan yang boleh dicapai adalah 104 km dan baterinya boleh dicas menggunakan tiga sistem pengecas berbeza.

Lebuhraya Malaysia jadi medan ujian PoC skuter elektrik Yamaha E01, bukan untuk dijual! 06

Pertamanya adalah pengecas pantas, diikuti pengecas normal dan uniknya, pengecas mudah alih. Untuk pengecas mudah alih, ia akan dibekalkan untuk setiap Yamaha E01. 

Dengan menggunakan pengecas pantas, bateri Yamaha E01 mampu dicas dari kosong ke 90 peratus dalam tempoh sejam. Pengecas standard pula mampu mengecas dari kosong ke 100 peratus dalam tempoh 5 jam dan ia disasarkan untuk dipasang di kawasan kediaman.

Bagi pengecas mudah alih pula, ia mengambil masa 14 jam untuk mengecas dari kosong peratus ke 100 peratus. 

Juga baca: Yamaha NMAX 155 (2021) dapat warna baharu, tapi masih belum spesifikasi penuh!

Lebuhraya Malaysia jadi medan ujian PoC skuter elektrik Yamaha E01, bukan untuk dijual! 07

Info lain mengenai skuter ini adalah seperti berikut:

  • Ketinggian pelana - 754 mm
  • Jarak antara roda - 1,380 mm
  • Berat (termasuk bateri) - 158 kg
  • Rim - 13 Inci
  • Suspensi - Fork teleskopik (depan), penyerap hentak tunggal (belakang)
  • Brek -  Cakera tunggal depan dan belakang
  • Lampu -  LED penuh

Berdasarkan informasi yang diperoleh, perincian mengenai program ujian di Malaysia akan diumumkan oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) tak lama lagi namun ia berkemungkin an tidak terbuka kepada orang awam.

Lebuhraya Malaysia jadi medan ujian PoC skuter elektrik Yamaha E01, bukan untuk dijual! 08

Sebagai contoh di Thailand, Yamaha E01 hanya akan digunakan oleh agensi kerajaan namun sistem ujian di Jepun berbeza dan tampil dengan sistem pajakan kepada orang awam.

Juga baca: Yamaha NMax 155 Connected 2021 kini di Thailand, teknologi terkini Y-Connect siap Kawalan Cengkaman!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda