window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Legasi bakal berakhir? Hafizh Syahrin beri bayangan 'pilu' undur diri!

Khairil ยท Oct 5, 2021 06:00 PM

Legasi bakal berakhir? Hafizh Syahrin beri bayangan 'pilu' undur diri! 01

Ketika ramai peminat sukan permotoran negara mengharapkan perkhabaran positif membabitkan karier pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah di Kejuaraan Motosikal Dunia, perkembangan membimbangkan pula muncul.

Selepas berakhir perlumbaan di GP Americas, minggu lalu, pelumba negara pertama negara beraksi dalam kelas elit MotoGP itu memberi bayangan ini mungkin musim terakhirnya di pentas berkenaan.

Juga baca: Hafizh Syahrin kata 'No' kerjasama dengan SRT. Fokus bangkit di GP British!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Legasi bakal berakhir? Hafizh Syahrin beri bayangan 'pilu' undur diri! 01

Ia gara-gara hantaran Instastory yang dibuat pelumba kelahiran Ampang itu di laman Instagramnya yang seakan memberi petunjuk dia bersedia untuk menggantung sut lumbanya.

Legasi bakal berakhir? Hafizh Syahrin beri bayangan 'pilu' undur diri! 02

Beraksi bersama pasukan NTS RW Racing GP dalam kelas Moto2 pada musim ini, Hafizh tampak bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaiknya dan berada di kedudukan ke-28 keseluruhan selepas hanya mengutip 8 mata berbaki tiga pusingan.

"Lapan tahun memori pahit dan manis di Kejuaraan Dunia," tulis Hafizh dalam hantaran berkenaan. "Terima kasih semua yang support (sokong) saya sampai sini dan bantu saya selama ini.

Juga baca: TMJ tunjuk minat nak taja, motivasi Hafizh Syahrin melonjak!

Legasi bakal berakhir? Hafizh Syahrin beri bayangan 'pilu' undur diri! 03

"Saya takkan lupa anda semua, mana yang baik saya ambil, yang buruk saya lupakan. New things (sesuatu yang baharu) saya akan bagi tahu anda, bila kena dengan masa. Anda semua terbaik, terima kasih semua."

Satu lagi hantaran pula Hafizh menyatakan perlumbaan GP Americas 2021 adalah perlumbaan terakhirnya di COTA sambil meminta maaf susulan prestasi kurang memuaskan di perlumbaan berkenaan.

Daripada 15 pusingan perlumbaan yang sudah dilalui, keputusan terbaik Hafizh yang diberi julukan 'El Pescao' adalah di GP Itali apabila dia menamatkan saingan di tangga kesembilan.

Legasi bakal berakhir? Hafizh Syahrin beri bayangan 'pilu' undur diri! 04

Pada pusingan sebelumnya di Perancis, dia menamatkan saingan di kedudukan ke-15 yang juga kedudukan terakhir pungutan mata.

Juga baca: Tiada GP Malaysia 2021, apa 'respon' Hafizh Syahrin?

Selepas dua musim bersaing di pentas MotoGP pada 2018 dan 2019 bersama Yamaha dan KTM, Hafizh kembali ke kancah Moto2 pada tahun lalu bersama pasukan Speed Up sebelum menyertai NTS. Penghijrahannya ke NTS dilengkapkan pada November.

Legasi bakal berakhir? Hafizh Syahrin beri bayangan 'pilu' undur diri! 05

Ketika ini, tiada sebarang perkembangan mengenai lanjutan kontrak bersama NTS sekalipun pasukan itu sudah pun mengesahkan rakan sepasukan Hafizh, Barry Baltus kekal bersama mereka musim depan.

Sumber imej: FB NTS RW Racing

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda