window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Legenda kereta Korea di Malaysia – Kia Sephia, Spectra, Forte & Cerato, mana paling digemari?

Faisal · Oct 23, 2021 10:00 AM

Legenda kereta Korea di Malaysia – Kia Sephia, Spectra, Forte & Cerato, mana paling digemari? 01

Kredit: Malaysia Automotive's Archive.

Kereta Korea bukanlah sesuatu yang terus meninggalkan impak yang luar biasa sewaktu diperkenalkan ke Malaysia. Tetapi ada sebilangan sedan ini cukup popular di tanah air kita kerana ia luar biasa murah. Malah, ia lain daripada apa yang kebiasaannya dibeli oleh orang ramai ketika itu. Di sinilah bermulanya gelombang Kia Sephia, Spectra, Forte dan juga Cerato.

Kia Sephia 1.5 LS

Legenda kereta Korea di Malaysia – Kia Sephia, Spectra, Forte & Cerato, mana paling digemari? 02

Kredit: Malaysia Automotive's Archive.

Kia Sephia mula mengorak langkah ke pasaran kita sewaktu Naza-Kia mengimportnya dari Korea Selatan pada tahun 1998. Model ini merupakan respon Naza setelah menerima sambutan yang menggalakkan buat Kia Sportage.

Juga bacaKia Sportage 2022 CKD serba baru dikatakan bakal lancar di Malaysia tahun depan?

Legenda kereta Korea di Malaysia – Kia Sephia, Spectra, Forte & Cerato, mana paling digemari? 03

Kredit: Malaysia Automotive's Archive.

Sedan segmen C ini pada mulanya ditawarkan pada harga RM 58k. Dengan harga yang luar biasa murah, ia telah menjejaskan jualan Proton Wira yang sekian lama bertakhta di pasaran Malaysia. Kemudian pada tahun 1999, harganya dinaikkan ke RM 62k.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Legenda kereta Korea di Malaysia – Kia Sephia, Spectra, Forte & Cerato, mana paling digemari? 01

Kredit: Malaysia Automotive's Archive.

Dari segi teknikal, Kia Sephia dikuasakan oleh enjin B5-DE 1.5L aspirasi natural DOHC (105 PS, 135 Nm) dari Mazda. Ia dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan.

Kia Spectra 1.6 LS

Legenda kereta Korea di Malaysia – Kia Sephia, Spectra, Forte & Cerato, mana paling digemari? 02

Kredit: Malaysia Automotive's Archive.

Kia Sephia meninggalkan impak yang positif buat pasaran segmen C di Malaysia tetapi pada hakikatnya, ia bukanlah kereta yang bagus. Disebabkan itu, Naza-Kia cepat-cepat menggantikannya dengan Kia Spectra pada tahun 2001.

Legenda kereta Korea di Malaysia – Kia Sephia, Spectra, Forte & Cerato, mana paling digemari? 03

Kredit: Malaysia Automotive's Archive.

Menariknya, Sephia facelift ini dipasang secara lokal (CKD) di kilang HICOM Automotive Manufacturers di Pekan, Pahang dan harga sewaktu itu adalah sekitar RM 79k. Produksi Kia Spectra kemudiannya berpindah ke kilang Naza Automotive Manufacturing di Gurun, Kedah.

Legenda kereta Korea di Malaysia – Kia Sephia, Spectra, Forte & Cerato, mana paling digemari? 04

Kredit: Malaysia Automotive's Archive.

Uniknya, radio kereta ini adalah unit Clarion yang sama diguna pada Proton Wira ketika itu.

Dari segi tenaga, Kia Spectra dikuasakan oleh enjin B6 1.6L aspirasi natural DOHC (106 PS, 143 Nm) yang dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan.

Legenda kereta Korea di Malaysia – Kia Sephia, Spectra, Forte & Cerato, mana paling digemari? 05

Kredit: Malaysia Automotive's Archive.

Kemudian pada tahun 2004, Naza-Kia juga melancarkan edisi Novus tetapi dengan harga yang begitu menarik iaitu pada RM 68k. Edisi ini menampilkan penambahan skirting dan spoiler belakang. Malah, ia datang sekali dengan kerusi sport.

Kia Spectra 5

Legenda kereta Korea di Malaysia – Kia Sephia, Spectra, Forte & Cerato, mana paling digemari? 06

Kredit: Malaysia Automotive's Archive.

Dengan sambutan Kia Spectra yang cukup luar biasa, Naza-Kia cuba membawa masuk sebuah hatchback segmen C dengan melancarkan Kia Spectra 5 pada Ogos 2007. Hatchback yang sinonim dengan elemen lebih rancak ini hadir dengan unsur yang lebih menarik.

Antaranya seperti suspensi belakang jenis multi-link, mod pemanduan manual dan enjin variable valve timing. Bercakap mengenai ini, ia dikuasakan oleh enjin G4FC Gamma 1.6L CVVT (122 PS, 156 Nm) yang dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan.

Juga bacaKia K3 GT hatchback memperlihatkan reka bentuk lebih sporty, teringat Proton Suprima S!

Legenda kereta Korea di Malaysia – Kia Sephia, Spectra, Forte & Cerato, mana paling digemari? 07

Kredit: Malaysia Automotive's Archive.

Malangnya, model ini tidak mendapat sambutan yang diharapkan. Perkara ini mungkin berkait dengan pasaran Malaysia ketika itu yang tidak berapa menggemari kereta jenis hatchback.

Kia Forte

Legenda kereta Korea di Malaysia – Kia Sephia, Spectra, Forte & Cerato, mana paling digemari? 08

Kredit: Malaysia Automotive's Archive.

Setelah bertahan lama di pasaran kita, Kia Spectra mula digantikan dengan Kia Forte pada tahun 2009. Dengan kereta buatan Jepun ketika itu yang kedekut dari segi spesifikasi, Kia Forte memberikan tamparan hebat disebabkan oleh ciri yang Naza-Kia bawakan. Antaranya seperti ESC, keyless entry & push start, cermin pandang belakang anti-silau, sistem audio canggih dan port USB.

Legenda kereta Korea di Malaysia – Kia Sephia, Spectra, Forte & Cerato, mana paling digemari? 09

Kredit: Malaysia Automotive's Archive.

Tambahan pula, harga yang ditawarkan berbanding saingan dari Jepun adalah jauh lebih murah. Sewaktu itu, Kia Forte hadir dengan varian 1.6 EX (RM 75.8k), 1.6 SX (RM 81.8k) dan 2.0 SX (RM 93.8k).

Dari segi teknikal, Kia Forte dikuasakan oleh pilihan enjin Gamma aspirasi natural berkapasiti 1.6L (124 PS, 156 Nm) dan unit Theta ll 2.0L (156 PS, 194 Nm). Sumber tenaga ini dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan.

Legenda kereta Korea di Malaysia – Kia Sephia, Spectra, Forte & Cerato, mana paling digemari? 10

Kredit: Malaysia Automotive's Archive.

Model facelift yang diperkenalkan pada tahun 2011 pula diperbaharui dengan transmisi automatik 6 kelajuan (sekali dengan paddle shifter), lampu isyarat tepi di cermin sisi, kamera undur dan sokongan Bluetooth. Harganya pula meningkat dari RM 3k – RM 4k.

Legenda kereta Korea di Malaysia – Kia Sephia, Spectra, Forte & Cerato, mana paling digemari? 11

Dengan sambutan Forte yang cukup luar biasa sejak keluaran pertama, Naza-Kia juga mengimport Forte Koup dari Korea. Forte versi dua pintu ini hadir dengan sentuhan unik seperti kerusi bucket, pedal aloi, bumbung suria, lampu LED pada pembesar suara, pintu frameless, papan pemuka berwarna merah dan ekzos kembar.

Legenda kereta Korea di Malaysia – Kia Sephia, Spectra, Forte & Cerato, mana paling digemari? 12

Dari segi trenkuasa, coupe seksi ini datang dengan trenkuasa sama yang diguna pada Forte 2.0 SX. Pembeli yang berminat ketika itu ditawarkan dengan harga RM 115.8k.

Kia Cerato

Legenda kereta Korea di Malaysia – Kia Sephia, Spectra, Forte & Cerato, mana paling digemari? 13

Kehebatan kereta buatan Korea yang menawarkan spesifikasi tinggi dengan harga yang lebih rendah diteruskan lagi dengan Kia Cerato yang dilancarkan ke pasaran kita pada tahun 2013. Sedan segmen C yang menggantikan Kia Forte ini ditawarkan pada harga RM 99.8k untuk varian 1.6 dan RM 118.8k untuk varian 2.0.

Legenda kereta Korea di Malaysia – Kia Sephia, Spectra, Forte & Cerato, mana paling digemari? 14

Secara teknikal, varian 1.6 dikuasakan oleh enjin Gamma ll yang menghasilkan 130 PS dan 157 Nm. Varian 2.0 pula menggunakan enjin Nu yang menghembuskan 161 PS dan 194 Nm. Kedua-duanya kekal dengan transmisi automatik 6 kelajuan.

Legenda kereta Korea di Malaysia – Kia Sephia, Spectra, Forte & Cerato, mana paling digemari? 15

Antara ciri luar biasa yang membuatkan Kia Cerato cukup disegani oleh pesaing Jepun adalah seperti pilihan mod stereng, lampu selamat datang, bantuan parkir, penyaman udara ioniser, corong penyaman udara untuk tempat duduk belakang, pengering cermin belakang jenis automatik serta larasan elektrik dan penyejuk untuk tempat duduk pemandu.

Legenda kereta Korea di Malaysia – Kia Sephia, Spectra, Forte & Cerato, mana paling digemari? 16

Model facelift yang diperkenalkan pada tahun 2016 pula menyaksikan pembaharuan pada grafik kluster instrumen, butang dan suis, paten ala gentian karbon sekitar corong penyaman udara serta pemanas dan penyejuk tempat duduk hadapan.

Legenda kereta Korea di Malaysia – Kia Sephia, Spectra, Forte & Cerato, mana paling digemari? 17

Sejak daripada model facelift, Kia Cerato di Malaysia tidak menerima generasi baharu kerana terdapat isu oleh pengedar Kia. Apapun, Naza pernah membawa masuk sebilangan unit import dari Korea pada tahun ini yang mana ia terdiri daripada varian 1.6 SX dan 1.6 GT yang berenjin turbo (204 PS, 265 Nm). Ia dipadankan istimewa dengan transmisi DCT 7 kelajuan. Namun begitu, unit GT yang berharga RM 149k ini telahpun dijual.

Juga bacaKia diselamatkan Bermaz, Kia Seltos dan Kia Carnival versi CKD bakal menyusul!

Legenda kereta Korea di Malaysia – Kia Sephia, Spectra, Forte & Cerato, mana paling digemari? 18

Percaya atau tidak, harga varian 1.6 SX sekalipun bermula dari RM 129.8k. Namun demikian, ia tetap hadir dengan sistem infotainment sesentuh moden sekali dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Juga baca: Kenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Dari segi trenkuasa, Kia Cerato pra-facelift ini dikuasakan oleh enjin aspirasi natural 1.6L (128 PS, 155 Nm) yang dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.

Legenda kereta Korea di Malaysia – Kia Sephia, Spectra, Forte & Cerato, mana paling digemari? 19

Jadi antara semua, yang mana paling menggamit memori anda?

Juga bacaKia Cerato 2020 - ini unit terakhir. Ingin tampil lain dari Civic dan Corolla? Harga dari RM 129k!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Kia Cerato 1.6 SX

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda