window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Leka berbual di lampu isyarat, Nazrief Nazri dikejar dan dimaki penunggang motosikal kerana hon dua kali

Mersita ยท Jun 30, 2022 08:00 PM

Leka berbual di lampu isyarat, Nazrief Nazri dikejar dan dimaki penunggang motosikal kerana hon dua kali 01

Pelakon, Nazrief Nazri, baru-baru ini berkongsi satu video tentang insiden melibatkan dirinya sebagai pemandu kereta yang dikejar dan dimaki oleh penunggang motosikal hanya kerana selebriti itu menekan hon dua kali ketika menunggu untuk bergerak pada lampu isyarat hijau.

Menurut kapsyen video yang sudah dihapuskan dari Instagramnya, Nazrief berkata dia berada di belakang sebuah motosikal dinaiki satu pasangan yang sedang leka berbual sehingga tidak menyedari lampu isyarat telah bertukar hijau. Oleh itu, dia membunyikan hon sekali sebagai isyarat kepada pasangan itu untuk bergerak.

Leka berbual di lampu isyarat, Nazrief Nazri dikejar dan dimaki penunggang motosikal kerana hon dua kali 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Tapi, isteri dia boleh buat muka sambil mengomel marah2 sbb sy hon. Jadi saya hon kali kedua sambil angkat tangan sebagai isyarat supaya dia lebih hati2 sewaktu naik motor dan maaf,” jelasnya.

Namun, situasi bertukar buruk apabila lelaki yang menunggang motosikal Yamaha NVX 155 berkenaan mengejar keretanya sambil menjerit-jerit dan menunjukkan isyarat lucah.

“Saya malas nak layan dan teruskan perjalanan mcm biasa. Tapi lelaki tu masih follow kereta kami. Masa ni lah saya suruh isteri keluarkan phone sbg langkah keselamatan sbb Noah tgh tidur dkt seat belakang,” katanya.

Leka berbual di lampu isyarat, Nazrief Nazri dikejar dan dimaki penunggang motosikal kerana hon dua kali 01

Sesudah tiba di satu lagi lampu isyarat merah, lelaki di atas motosikal berkenaan mengetuk cermin keretanya dan memarahinya atas insiden tadi. Nazrief berkata dia yang hanya ingin membawa keluarganya bersiar-siar cuba merendahkan ego dan meminta maaf untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan. Namun, lelaki di atas motosikal tersebut masih tidak berpuas hati dan memakinya, sambil meminta supaya rakamannya tidak ditularkan.

“Tau pulak takut, igtkan samseng sgt sampai nak tunjuk (isyarat lucah) semua.

Leka berbual di lampu isyarat, Nazrief Nazri dikejar dan dimaki penunggang motosikal kerana hon dua kali 02

Pengguna jalan raya lain hanya ketawa melihat gelagat dua pihak yang bertengkar

“Niat saya buat posting supaya kita hentikan sikap biadap atas jalan raya mcm ni, marah macam mana sekalipun cuba lah berbincang dengan baik.. Kita nak ke generasi akan dtg jadi tidak beradab dek kerana sikap kita sendiri?” soalnya lagi di ruang kapsyen.

“Takpelah, mungkin emosi dia tak stabil sebab harga ayam nak naik bulan depan. Dia stress kot agaknya,” selorohnya lagi.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda