window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lelaki kurang siuman naik motosikal dalam pasaraya?

Haris ยท Oct 26, 2020 11:59 AM

Lelaki kurang siuman naik motosikal dalam pasaraya? 01

Kecoh semalam apabila ada rakaman yang tular memaparkan seorang lelaki menaiki skuter di dalam pasar raya. Kejadian yang dipercayai berlaku di Sungai Besar, Sabak Bernam tersebut telah dirakam oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kedai emas di dalam pasar raya tersebut.

Pengawal keselamatan tersebut, Amirul Asyraf Ibrahim, 20, berkata, kejadian berlaku jam kira-kira 11 pagi tadi.

Lelaki kurang siuman naik motosikal dalam pasaraya? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Saya nampak penunggang motosikal itu masuk secara mengejut melalui pintu keluar pasar raya itu.

"Malah, dia (penunggang motosikal) turut dikejar pengawal keselamatan pasar raya," katanya ketika ditemui wartawan.

Masih mengikuti SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan, lelaki tersebut dilihat memakai pelitup muka dengan helmet sambil membunyikan hon sebelum keluar mengikut pintu lain.

"Saya terkedu dengan tindakan lelaki itu yang tidak menghiraukan keselamatan pengunjung di dalam premis.

"Difahamkan lelaki itu mempunyai masalah mental. Bagaimanapun, sejauh mana dakwaan itu tidak dapat dipastikan," ujar Amirul Asyraf.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu namun akan melakukan siasatan.

Sumber: Harian Metro

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda