window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lelaki mabuk pandu Ford Ranger lawan arus di PD, Proton Saga dan Toyota Vios jadi mangsa

Mersita ยท Oct 25, 2021 03:00 PM

Lelaki mabuk pandu Ford Ranger lawan arus di PD, Proton Saga dan Toyota Vios jadi mangsa 01

Seorang jurutera yang memandu sebuah Ford Ranger secara melawan arus berjaya ditahan polis setelah melakukan kesalahan itu sehingga mengakibatkan kemalangan dengan dua kereta di Kilometer 26 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson awal pagi semalam (24 Oktober).

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata siasatan awal mendapati suspek yang berusia 29 tahun itu memandu trak pikap berkenaan secara melawan arus dari arah Port Dickson menghala ke Seremban. Suspek juga didapati berada di bawah pengaruh alkohol.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 2.45 pagi itu melibatkan sebuah Proton Saga dan Toyota Vios yang datang dari arah bertentangan iaitu dari Seremban ke Port Dickson.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pemandu Proton Saga berusia 31 tahun yang dilanggar jurutera terbabit mengalami kecederaan parah patah peha kanan dan dihantar Hospital Port Dickson untuk menerima rawatan. Mujur pemandu Toyota Vios berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan setelah dirempuh Ford Ranger terbabit.

Lelaki mabuk pandu Ford Ranger lawan arus di PD, Proton Saga dan Toyota Vios jadi mangsa 01

"Pemandu Ford Ranger itu memandu di bawah pengaruh alkohol selepas ujian saringan nafas dan bacaan ujian saringan dilakukan di Balai Trafik Port Dickson.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan pada pihak lain dan Seksyen 42 (1) akta sama kerana memandu secara melulu serta bahaya.” katanya dalam satu kenyataan dipetik BH Online.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda