window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lelaki ‘gelang pink’ ditahan di SJR, dakwa sesak nafas dan sakit dada

Mersita · Jul 21, 2021 03:00 PM

Lelaki ‘gelang pink’ ditahan di SJR, dakwa sesak nafas dan sakit dada 01

Seorang lelaki berusia 38 tahun dipercayai positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin di rumah ditahan di sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Sungai Petani Utara pada kira-kira 10.30 malam, 19 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata lelaki itu memandu sebuah Perodua Kancil dari Taman Kempas dan ingin melepasi SJR tersebut untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Lelaki ‘gelang pink’ ditahan di SJR, dakwa sesak nafas dan sakit dada 02

Foto: Utusan

Lelaki yang tinggal berseorangan itu mendakwa ambulans lambat datang mengambilnya di rumah untuk dihantar ke hospital, memaksanya untuk memandu sendiri ke sana.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Ketika ditahan, lelaki tersebut berada dalam keadaan penat dan sakit dada. Lelaki terbabit yang dipakaikan gelang pink kerana dipercayai positif COVID-19 sepatutnya menjalani kuarantin di rumah sejak tiga atau empat hari lalu,” kata Adzli.

Lelaki ‘gelang pink’ ditahan di SJR, dakwa sesak nafas dan sakit dada 01

Selepas mendapati keadaan lelaki itu yang agak tenat, beliau mengarahkan anggota polis yang bertugas di SJR itu supaya mengiringi Kancil tersebut sehingga sampai di hospital.

Jom kita #dudukrumah jika tiada urusan yang betul-betul penting perlu diuruskan di luar. Sama-sama kita putuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Sumber berita: Utusan Malaysia

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda