Lembu punya penternak! Rosakkan pagar lebuhraya punca kemalangan di LPT2!

Haris · Jan 26, 2021 11:00 AM

Lembu punya penternak! Rosakkan pagar lebuhraya punca kemalangan di LPT2! 01

Gambar hiasan

Baru-baru ini, terdapat kemalangan melibatkan 9 ekor lembu dan 2 buah kereta di kilometer (km) 291.1, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dari arah Kuantan - Kuala Terengganu.

Sehubungan dengan itu, pihak Pengurus Perniagaan Wilayah Timur LPT2 Sdn Bhd telah mengeluarkan kenyataan bahawa sebanyak RM 5 juta telah diperuntukkan sejak 2018 untuk membaiki pagar sepanjang lebuh raya tersebut.

Lembu punya penternak! Rosakkan pagar lebuhraya punca kemalangan di LPT2! 02

Sumber: Astro Awani

Hal ini disebabkan oleh sikap segelintir pihak yang sengaja memotong pagar lebuh raya semata-mata mahu membenarkan lembu ternakan mereka meragut rumput di bahu jalan.

Akibatnya, kes kemalangan langgar lembu meningkat disebabkan lembu ternakan bebas berkeliaran di atas lebuh raya LPT2 pada waktu malam.

Lembu punya penternak! Rosakkan pagar lebuhraya punca kemalangan di LPT2! 01

Pagar berwarna oren adalah pagar yang diganti

Bukan sekadar itu, gembala lembu juga dikatakan tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan yang dialami oleh mangsa kemalangan malah berdiam diri sahaja.

Beberapa pengguna menyuarakan kerisauan mereka atas masalah ini dan berharap tindakan tegas akan diambil. Di samping itu, ada pengguna yang mendakwa kemalangan tersebut mencecah purata sekali seminggu di sekitar pantai timur.

Lembu punya penternak! Rosakkan pagar lebuhraya punca kemalangan di LPT2! 02

Pada masa yang sama, pihak LPT2 juga berkata akan meningkatkan kekerapan pemantauan mereka di lebuh raya tersebut apatah lagi pada waktu malam.

Pengguna turut dinasihatkan agar berhati-hati ketika memandu di LPT2 apatah lagi pada waktu malam.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Honda City 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru