Lengchai video viral Perodua Myvi “Apa Lanji*o” minta jangan repost gambar

Faisal · Jan 6, 2021 03:00 PM

Lengchai video viral Perodua Myvi “Apa Lanji*o” minta jangan repost gambar 01

Kredit: Bro, don't like that la bro

Sebagai masyarakat yang menghormati diantara satu sama lain, kita dinasihatkan untuk menjaga percakapan terutama di alam maya (online) kerana ia akan kekal selamanya di dalam platform tersebut. Kalau tidak, anda akan menjadi seperti lelaki ini dimana kelakuannya telah tersebar luas.

Lengchai video viral Perodua Myvi “Apa Lanji*o” minta jangan repost gambar 02

Pada 2 Januari yang lalu, seorang pengguna Facebook menjelaskan kepada netizen supaya berhenti menyebarkan GIF (gambar yang bergerak) buat lelaki yang pernah viral suatu ketika dahulu akibat berkelakuan biadap terhadap pengawal di sebuah kondominium di dalam Perodua Myvi miliknya.

Lengchai video viral Perodua Myvi “Apa Lanji*o” minta jangan repost gambar 03

Menurut pengguna Facebook itu, lelaki tersebut sangat terkesan dengan perbuatannya. Malah, dirinya kini lebih terkesan apabila dia sering dijadikan bahan lawak melalui GIF “Apa Lanji*o” yang cukup terkenal.

Untuk maklumat anda, terdapat pemilik akaun Youtube tempatan, Dissy yang menggunakan GIF tersebut untuk hasil karya beliau yang terbaru. Tambahan pula, Dissy turut menggunakan ayat “apa lanji*o” di dalam videonya. Menariknya, lelaki itu sendiri memberikan komen yang mengharapkan supaya ia dipadam kerana tidak mahu imej buruknya lebih melarat.

Oleh yang demikian, berwaspadalah kita dalam mengeluarkan percakapan tidak kira di dalam situasi apa sekalipun. Ingatlah pepatah “kerana mulut, badan binasa”.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Perodua Myvi 1.3L G MT

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru