window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lepas rakam, tunggu surat saman! Pendekatan JPJ dipuji makin efektif, telus

Khairil ยท Feb 18, 2021 04:00 PM

Lepas rakam, tunggu surat saman! Pendekatan JPJ dipuji makin efektif, telus 01

Semakin efektif dan telus. Pesalah trafik terutama penunggang motosikal yang tidak memakai helmet atau lalu lintas kini perlu bersedia dilayangkan surat saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hanya berdasarkan bukti yang diperoleh menerusi rakaman video.

Perkembangan menarik itu diperoleh daripada penguatkuasaan yang dijalankan oleh jabatan berkenaan menerusi skuad bermotosikalnya berpandukan satu video yang tular di media sosial.

Lepas rakam, tunggu surat saman! Pendekatan JPJ dipuji makin efektif, telus 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menerusi video yang berdurasi hampir dua minit itu, ia memaparkan tindakan anggota penguatkuasaan bermotosikal JPJ manahan beberapa pesalah trafik bermotosikal.

Begitupun, anggota berkenaan tidak memberikan saman di tempat kejadian namun hanya menyatakan kesalahan dan memberitahu yang rakaman itu akan menjadi bukti serta surat saman akan menyusul ke rumah mereka.

Lepas rakam, tunggu surat saman! Pendekatan JPJ dipuji makin efektif, telus 01

Berdasarkan video berkenaan, rata-rata pesalah trafik dalam video berkenaan hampir kehilangan kata-kata kerana kesalahan mereka dirakam dengan jelas.

Difahamkan, selain memudahkan, pendekatan ini turut diambil bagi mengurangkan kadar salah laku membabitkan anggota penguatkuasa JPJ antaranya pengambilan rasuah.

Begitupun, saman berdasarkan rakaman video bukan sesuatu yang baharu oleh JPJ kerana pesalah trafik memang boleh disaman berpandukan bukti berkenaan.

Lepas rakam, tunggu surat saman! Pendekatan JPJ dipuji makin efektif, telus 02

Tetapi, pendekatan yang dibuat menerusi anggota penguatkuasaan bermotosikal JPJ ini agak mengejutkan terutama reaksi yang diperoleh di laman sosial.

Rata-rata warganet bersetuju dan memuji pendekatan terbaru yang digunakan oleh pihak JPJ ini.

Lepas rakam, tunggu surat saman! Pendekatan JPJ dipuji makin efektif, telus 03

Tetapi, ada yang turut mempersoalkan mengenai kaedah berkenaan kerana berdasarkan video itu, hanya pemilik kenderaan akan disaman kerana ia hanya membabitkan kesalahan yang boleh dirakam menerusi video.

Ada yang menyatakan ia nampak tidak begitu menyeluruh kerana jika pesalah itu melakukan kesalahan lain seperti tidak memiliki cukai jalan atau tidak mempunyai lesen, mereka tidak akan dihukum atas kesalahan berkenaan.

Lepas rakam, tunggu surat saman! Pendekatan JPJ dipuji makin efektif, telus 04

Apapun, sebagai warganegara yang cintakan tanah air, tindakan JPJ ini patut diberi pujian. Tahniah JPJ dan di bawah adalah videonya.

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda