window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lesen memandu L tamat tempoh semasa PKP boleh dilanjutkan, bayar RM 2 atau RM 10

Mersita ยท May 21, 2021 02:00 PM

Lesen memandu L tamat tempoh semasa PKP boleh dilanjutkan, bayar RM 2 atau RM 10 01

Disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, lanjutan bagi tempoh sah Lesen Belajar Memandu (LDL) bagi penuntut diberi selama 9 bulan bermula 11 Februari 2021 sehingga 11 November 2021.

Lanjutan ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong dan dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menerusi agensi di bawahnya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bagi pemilik LDL yang telah tamat tempoh LDL melebihi dua tahun atau tamat tempoh semasa PKP, mereka layak untuk mendapatkan tempoh pelanjutan ini dimana lesen L berkenaan akan ditambah tempoh sahnya sehingga 11 November 2021.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lesen memandu L tamat tempoh semasa PKP boleh dilanjutkan, bayar RM 2 atau RM 10 01

Sumber

Pemilik LDL yang layak hanya perlu membuat salinan LDL mereka dan membuat bayaran RM 10 bagi LDL Kelas D (kereta) dan keatas untuk menambah/melanjutkan tempoh LDL mereka.

Tarikh yang akan dicetak pada LDL adalah tarikh transaksi dilakukan dan tamat pada 11 November 2021 (melebihi tempoh tiga atau enam bulan).

Bagi pemilik LDL B2 Tunggal (lesen L motosikal) pula, mereka boleh membuat transaksi memperbaharui lesen dengan bayaran RM 2 bagi tempoh 3 bulan jika LDL masih mempunyai baki tempoh 2 tahun.

Lesen memandu L tamat tempoh semasa PKP boleh dilanjutkan, bayar RM 2 atau RM 10 02

LDL B2 Tunggal Sumber

Namun, jika tarikh tamat lesen LDL melebihi 2 tahun sebelum atau selepas PKP – iaitu sebelum 13 Januari 2021 atau selepas 11 Nov 2021 – pemilik tidak layak untuk menerima penyelarasan baharu PKP ini dan perlu membuat permohonan LDL baharu.  Mereka juga perlu mengulangi semula Latihan KPP 01, KPP 02 dan KPP 03 serta menduduki kesemua Ujian Bahagian I, II dan III.

Pemilik LDL layak mendapat tempoh pelanjutan sehingga 11 November 2021 dengan hanya membuat salinan LDL bersama bayaran RM10.00 sekiranya LDL tamat tempoh melebihi dua (2) tahun atau tamat tempoh semasa PKP. Tarikh yang akan dicetak pada LDL adalah tarikh transaksi dilakukan dan tamat pada 11 November 2021 (melebihi tempoh tiga (3) atau enam (6) bulan).

Lesen memandu L tamat tempoh semasa PKP boleh dilanjutkan, bayar RM 2 atau RM 10 03

Bermula 13 Januari 2021, Pusat Latihan Memandu/ Institut Memandu (IM), E-hailing Operator (EHO) dan Pusat Ujian Komputer (e-Khidmat) melibatkan aktiviti latihan dan ujian dilarang beroperasi atas arahan pelaksanaan PKP.

Pada 11 Februari 2021, Kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan arahan pengoperasian semula Institut Latihan Pemanduan (ILP) yang merangkumi pengoperasian Pusat Latihan Memandu/ IM, EHO dan e-Khidmat dengan syarat pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta MKN.

Lesen memandu L tamat tempoh semasa PKP boleh dilanjutkan, bayar RM 2 atau RM 10 04

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda