Menurut Persatuan Institut Memandu Malaysia (PIMA), harga pakej lesen memandu terutama di bandar besar semakin meningkat kerana mengambil kira aspek keselamatan calon dan tenaga pengajar.
Presidennya, Mat Aris Bakar berkata kadar RM1,800 - RM3,000 untuk perkhidmatan di bandar seperti Kuala Lumpur sebenarnya logik kerana terdapat peningkatan kos seperti gaji, penyelenggaraan kenderaan serta penyediaan pakej khas termasuk insurans nyawa.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Tegas beliau, orang awam sebenarnya patut bimbang sekiranya pakej yang ditawarkan luar biasa murah kerana dikhuatiri perkhidmatan yang diberi tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Satu lagi, kereta ujian memandu juga mungkin tidak dapat diselenggara kerana kekurangan modal. Perkhidmatan pun kalau dah murah takut jadi tak sempurna dan tak selesa. Pelanggan pula yang akan jadi mangsa,
kata beliau dalam wawancara bersama Free Malaysia Today.
Di luar bandar, penduduk tidak ramai. Jadi, harga lesen tidak menjadi masalah. Gaji pekerja pun masih boleh bagi RM1,500 tetapi di bandar tidak boleh sebab rata-rata dibayar RM3,000 ke atas. Kalau tak, macam mana nak bertahan.
Berkenaan isu harga mahal, Mat Aris turut menjelaskan bahawa pakej ditawarkan lazimnya sudah meliputi penyediaan insurans nyawa, makanan serta minuman dan perkhidmatan pengangkutan mengambil calon dari rumah ke lokasi latihan.
"JPJ membenarkan kita mengecaj RM1 bagi setiap 1km untuk mengambil calon. Selain itu, tengok juga kereta apa yang digunakan kerana ada institut memandu meletakkan harga mahal untuk perkhidmatan yang lebih profesional.
Insurans pula ada yang bagi perlindungan sehingga RM10,000, ada RM30,000. Ada juga yang bagi perlindungan sampai setahun jika berlaku sebarang insiden kepada calon yang baru lulus,
katanya.
Juga baca: Ada khuatir tahap kompetensi, syarat 'renew' lesen memandu masih belum perlu diperketat - Anthony Loke
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });