Lesen memandu yang mati boleh ‘renew’ di Pejabat Pos bermula 9 Ogos ini

Faisal · Aug 4, 2021 06:00 PM

Lesen memandu yang mati boleh ‘renew’ di Pejabat Pos bermula 9 Ogos ini 01

Pemandu dan pemilik kenderaan disarankan untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) termasuk Lesen Vokasional (GDL/PSV) yang telah tamat tempoh sebelum 30 September ini.

Bermula 1 Oktober, aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan dilaksanakan semula.

Lesen memandu yang mati boleh ‘renew’ di Pejabat Pos bermula 9 Ogos ini 02

Kredit: WorldOrgs.

Urusan pembaharuan lesen yang melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini boleh dibuat secara dalam talian melalui portal MySikap ataupun di kaunter JPJ secara temujanji. Selain myEG, anda juga boleh membuat pembaharuan lesen di Pejabat Pos seluruh Malaysia bermula 9 Ogos ini.

Walau bagaimanapun, orang ramai diingatkan supaya patuh akan SOP Covid-19 supaya penularan wabak dapat dielakkan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City 1.5V Sensing

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru