window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Letak 'tiang' di laluan pejalan kaki nak halang motosikal lalu, tapi ramai yang 'lain' jadi mangsa!

Khairil ยท Aug 15, 2022 04:00 PM

Letak 'tiang' di laluan pejalan kaki nak halang motosikal lalu, tapi ramai yang 'lain' jadi mangsa! 01

Panas di media sosial ketika ini sekeping gambar yang menunjukkan perjalanan sebuah 'stroller' bayi disekat tiang penghalang di satu laluan pejalan kaki yang didakwa dibuat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut  pemilik hantaran itu yang dikenali sebagai Mentality Momster@ShireenShaib di Twitter, 'tiang' berkenaan diletakkan oleh DBKL dan dia secara sinis menulis kapsyen "Cuba teka lepas ke x DBKL2u."

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Tweet' Shireen itu kemudian menjadi tular selepas mendapat 2,789 'Retweets' dan 243 'Quote Tweets' dan turut dijadikan 'konten' di beberapa platform media sosial lain.

Menurut laman Instagram gagsmsia, tiang itu diletakkan oleh DBKL untuk menghalang motosikal daripada melalui jalan berkenaan.

Juga baca: DBKL, polis bakal 'gempur' penunggang 'delivery' guna laluan pejalan kaki!

Letak 'tiang' di laluan pejalan kaki nak halang motosikal lalu, tapi ramai yang 'lain' jadi mangsa! 01

"Terima kasih kepada mat motor semua sebab selalu parking dan bawak laju kat atas ruang pejalan kaki. Sekarang nak tolak stroller bayi, nak guna 'wheelchair' (kerusi roda) pun payah."

Meneliti ruangan komen, rata-rata warganet menyalahkan penunggang motosikal yang dikatakan menjadi punca kepada masalah itu berlaku.

"Ini adalah laluan pejalan kaki dan basikal, ada logo basikal depan tu kalau perasan, basikal pun tak lepas apatah lagi orang obesity. Apa ni pihak autoriti?," kata seorang warganet.

Letak 'tiang' di laluan pejalan kaki nak halang motosikal lalu, tapi ramai yang 'lain' jadi mangsa! 02

Sama tapi tak serupa

Tetapi, ada juga yang cuba membuat kelakar dengan berkata: "Dia suruh u buat wheelie dengan stroller tu." dan "I kona baring tadi baru lepas."

Malah, ada netizen yang turut menyatakan kes berkenaan bukan baru atau terpencil dan menunjukkan gambar hampir sama namun di lokasi yang berbeza.

Setakat ini, tiada sebarang maklum balas daripada DBKL mengenai perkara berkenaan.

Juga baca: 90% kenderaan di Thailand tetap hiraukan lintasan pejalan kaki zebra walaupun banyak kes maut

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda