window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Letupan di Sentul - 3 cedera, 50 kereta rosak, kejadian berlaku di tapak pelupusan!

Haris · Apr 27, 2022 11:59 AM

Letupan di Sentul - 3 cedera, 50 kereta rosak, kejadian berlaku di tapak pelupusan! 01

Kebakaran yang berlaku di tapak pelupusan berhampiran stor simpanan rampasan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, petang semalam mengakibatkan tiga lelaki mengalami kecederaan ringan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.22 petang.

“Susulan itu, pasukan operasi dikejarkan ke lokasi kejadian bersama tiga jentera, tiga water tanker dan dua Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 60 anggota.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Setibanya di lokasi, kita mendapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah stor simpanan rampasan bahan bukti sebanyak 30 peratus struktur bangunan manakala 80 peratus kawasan terbuka yang melibatkan 50 buah kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Letupan di Sentul - 3 cedera, 50 kereta rosak, kejadian berlaku di tapak pelupusan! 01

Letupan tersebut telah dirakam oleh penduduk sekeliling

Jelasnya, bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 7.04 lewat petang semalam dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Mengulas lanjut, tiga mangsa lelaki mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai memaklumkan, pelupusan barang kes mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan mahkamah iaitu melupus barang kes dengan menggelek menggunakan jentolak sebelum disiram dengan air dan ditanam.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebanyak 1,059 kotak dan 35 guni mercun pelbagai jenis dilupuskan di Stor Barang Kes IPD Sentul di lokasi berkenaan semalam. - Kosmo!

Baca: Tol percuma dan diskaun tol diumumkan untuk Aidilfitri, PRU 15 makin hampir?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda