window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lewis Hamilton imbau kenangan berlumba di Sepang, harap F1 kembali ke Malaysia!

Khairil ยท Sep 29, 2022 11:00 AM

Lewis Hamilton imbau kenangan berlumba di Sepang, harap F1 kembali ke Malaysia! 01

Di mata juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton, Litar Antarabangsa Sepang adalah gelanggang perlumbaan yang istimewa dan jaguh kelahiran Britain itu mengakui masih meletakkan harapan untuk F1 kembali beraksi di venue berkenaan, satu hari nanti.

Hamilton yang juga jaguh pasukan Mercedes AMG Petronas penyuarakan pandangannya itu ketika sesi bertemu media di tanah air, dengan kehadirannya adalah sempena perlumbaan Grand Prix (GP) Singapura 2022 hujung minggu ini.

Lewis Hamilton imbau kenangan berlumba di Sepang, harap F1 kembali ke Malaysia! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengimbau kembali kenangannya berlumba di Sepang, Hamilton mengakui aksi di litar berkenaan sentiasa memberikan cabaran getir buat dirinya yang hanya pernah menang sekali iaitu pada musim 2014.

"Saya masih ingat pada perlumbaan pertama saya di sini pada 2007, saya rasa saya di tempat kedua (dan) ia merupakan podium kedua saya dalam karier," kata Hamilton memetik laporan Bernama.

Lewis Hamilton imbau kenangan berlumba di Sepang, harap F1 kembali ke Malaysia! 01

Hamilton bersama Toto Wolff dan George Russell  bergambar di KLCC

"Saya hilang empat kilogram pada perlumbaan itu, saya masih ingat bagaimana sukarnya ketika hendak keluar daripada kereta.

"Pada tahun-tahun selepas itu kami alami pengalaman berbeza, bukan sahaja sangat panas tetapi kemudiannya hujan, kadang-kala apabila ia hujan, ia hujan dengan lebat. Saya sedih kami tidak dapat gunakan litar itu lagi tetapi saya tahu ia masih digunakan untuk MotoGP... semoga suatu hari nanti kami boleh lakukannya semula dan kami akan kembali," katanya yang sudah berusia 37 tahun ketika ini.

Lewis Hamilton imbau kenangan berlumba di Sepang, harap F1 kembali ke Malaysia! 02

Selepas 19 tahun menjadi venue perlumbaan F1, GP Malaysia akhirnya dianjurkan buat kali terakhir pada musim 2017 berikutan pelbagai faktor termasuk kewangan dan kemerosotan kehadiran penonton.

Lewis Hamilton imbau kenangan berlumba di Sepang, harap F1 kembali ke Malaysia! 03

Berdasarkan perkembangan semasa, sekalipun tidak bersedia untuk menganjurkan kembali perlumbaan elit 4 roda itu dalam masa terdekat, SIC menyatakan situasi boleh berubah dalam tempoh dua ke tiga tahun akan datang.

Sumber imej: FB Mercedes-AMG Petronas Formula One TeamLewis Hamilton

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda