window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lexus bakal lancar model ‘entry’ baru, Lexus LBX 2023 yang berasas Yaris Cross akan ganti CT 200h

Faisal · May 6, 2022 11:00 AM

Lexus bakal lancar model ‘entry’ baru, Lexus LBX 2023 yang berasas Yaris Cross akan ganti CT 200h 01

Bagi anda yang belum tahu, jualan Lexus CT 200h untuk Malaysia telah lama dihentikan tetapi di Jepun, ia masih dijual sehingga ke hari ini. Apapun, model yang berasaskan Toyota Prius ini dijangka melabuhkan tirai jualannya menjelang akhir tahun ini. Jadi, siapakah penggantinya?

Menurut penerbit automotif Jepun, Mag-X, Lexus CT 200h tidak akan ada pewaris tetapi posisinya sebagai model pengenalan Lexus akan diganti dengan SUV yang berasaskan Toyota Yaris Cross.

Lexus bakal lancar model ‘entry’ baru, Lexus LBX 2023 yang berasas Yaris Cross akan ganti CT 200h 02

Dah lama tinggalkan pasaran Malaysia.

Model ini katanya akan pakai nama Lexus LBX (singkatan untuk Lexus B-crossover?). Jadi kalau diikutkan, ia akan guna platform TNGA-B seperti Toyota Yaris Cross.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara amnya, Lexus LBX dijangka membuat debut pada tahun 2023 dan ia akan diposisikan bawah Lexus UX (berasaskan Toyota Corolla Cross) yang menggunakan platform TNGA-C.

Lexus bakal lancar model ‘entry’ baru, Lexus LBX 2023 yang berasas Yaris Cross akan ganti CT 200h 01

Memandangkan ia bakal ganti Lexus CT 200h, Lexus LBX dikhabarkan hadir dengan trenkuasa hibrid sahaja, sekurang-kurangnya di Jepun.

Lexus bakal lancar model ‘entry’ baru, Lexus LBX 2023 yang berasas Yaris Cross akan ganti CT 200h 02

Secara global, Toyota Yaris Cross pula ditawarkan dengan enjin M15A FKS 1.5L Dynamic Force yang dipadankan dengan transmisi automatik CVT Direct Shift. Varian hibrid yang berkuasa enjin M15A-FXE 1.5L berkitaran Atkinson juga ada.

Jadi, tidak mustahil kalau Lexus LBX nanti ditawarkan juga dengan pilihan enjin bukan hibrid.

Lexus bakal lancar model ‘entry’ baru, Lexus LBX 2023 yang berasas Yaris Cross akan ganti CT 200h 03

Di Malaysia, UX adalah model pengenalan buat jenama Lexus. Varian 200 yang berkuasa enjin 2.0L Dynamic Force ditawarkan dari harga RM 237,191 ke RM 291,082.

Lexus bakal lancar model ‘entry’ baru, Lexus LBX 2023 yang berasas Yaris Cross akan ganti CT 200h 04

Lexus UX.

Mengenai Yaris Cross pula, ia tidak dijual di sini tetapi di Singapura ada. Walau bagaimanapun, mereka tidak menawarkan Toyota Corolla Cross.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Toyota Yaris Cross International Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda