window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lexus ES 250 2021 Limited Edition dilancarkan - trim kayu bambu, bermula RM 327k

Faisal · Jan 12, 2021 02:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Eksklusif buat Lexus ES 250 Limited Edition ialah trim kayu bambu yang melengkapi kemasan di pintu, papan pemuka, konsol tengah, dan roda stereng. Untuk maklumat anda, kayu bambu ini dipetik menggunakan tangan dari hutan simpanan di Kochi, Jepun selatan. Betapa eksklusifnya pertukangan Jepun yang sebegini semata-mata untuk anda menikmati pengalaman yang istimewa di dalam kabin.

Lexus ES 250 2021 Limited Edition dilancarkan - trim kayu bambu, bermula RM 327k 01

Dari segi tren kuasa, Lexus ES 250 Limited Edition masih hadir dengan enjin aspirasi natural 2.5L (204 PS, 247 Nm tork) dan transmisi automatik 8 kelajuan.

Lexus ES 250 2021 Limited Edition dilancarkan - trim kayu bambu, bermula RM 327k 02

Turut dilengkapi ialah Lexus Safety System + dimana ia menampilkan ciri bantuan keselamatan ADAS seperti:

  • Pre-Collision System (PCS)
  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)
  • Lane Tracing Assist (LTA)
  • Adaptive High-beam System (AHS)

Lexus ES 250 2021 Limited Edition dilancarkan - trim kayu bambu, bermula RM 327k 03

Selain itu, Lexus ES 250 Limited Edition hadir dengan 4 pilihan warna iaitu:

  • Sonic Quartz
  • Sonic Titanium
  • Graphite Black Glass Flake
  • Deep Blue Mica

Pembeli juga boleh memilih kabin yang berwarna Topaz ataupun Black.

Lexus ES 250 2021 Limited Edition dilancarkan - trim kayu bambu, bermula RM 327k 04

Tempahan untuk Lexus ES 250 Limited Edition boleh dibuat bermula sekarang. Jualan rasmi pula akan bermula pada bulan Februari depan. Untuk anda yang berminat, sedan mewah ini boleh didapati di keenam-enam cawangan Lexus yang sah di seluruh negara. Secara standard, pembeli juga akan menerima jaminan selama 5 tahun tanpa had perbatuan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Lexus ES 250 Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda