Lexus IS 2021 baru – pesaing BMW 3 Series dilancarkan di 5 negara ASEAN, tapi bukan Malaysia
Zamil Syaheer · Jan 31, 2021 02:00 PM
0
0
Sejak membuat debut global pada Jun 2020, Lexus telah memperkenalkan Lexus IS 2021 generasi keempat di beberapa negara ASEAN iaitu Thailand, Singapura, Brunei, dan Filipina. Baru-baru ini Lexus IS ini dilancarkan di Vietnam, negara kelima yang menerima sedan sports ini.
Tetapi anda tidak perlu membuang masa untuk menunggu Lexus IS baru ini dilancarkan di Malaysia, kerana ia tidak akan kembali. Kenapa?
Sebelum ini Lexus Malaysia pernah menjual Lexus IS generasi ketiga pada tahun 2013, diikuti varian bercas turbo pada 2015. Lexus IS menerima kemaskini terakhir pada 2017 sebelum dihentikan penjualannya di Malaysia.
Ini kerana penjualan sedan sports seperti Lexus IS telah menurun sejak beberapa tahun lepas dek kerana populariti SUV. Malah, Lexus GS juga telah dihentikan pengeluarannya, digantikan Degnan model Lexus UX dan Lexus NX (generasi terbaru yang bakal tiba).
Semasa Lexus IS masih lagi dijual di Malaysia, harganya bermula dari RM 297,800 sehingga RM 412,000, jauh lebih mahal daripada Mercedes-Benz dan BMW. Ini kerana status import, dengan cukai yang tinggi serta volum penjualannya yang rendah.
Lexus IS 2021 baru ini sebenarnya masih lagi menggunakan casis yang sama seperti generasi ketiga XE30 yang telah dinaik taraf dan diubahsuai dengan begitu ketara. Ia juga menggunakan enjin 2.0 liter 4 silinder turbo, 2.5 liter 4 silinder hibrid, dan 3.5 liter V6 aspirasi natural yang sama seperti terdahulu.
Ini bukanlah sesuatu yang buruk, kerana desas desus mengatakan bahawa Lexus sedang menunggu platform FR dan enjin daripada Mazda 6 serba baru akan datang.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.