window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lexus IS 2021 baru – pesaing BMW 3 Series dilancarkan di 5 negara ASEAN, tapi bukan Malaysia

Zamil Syaheer · Jan 31, 2021 02:00 PM

Lexus IS 2021 baru – pesaing BMW 3 Series dilancarkan di 5 negara ASEAN, tapi bukan Malaysia 01

Lexus IS spesifikasi Thailand.

Sejak membuat debut global pada Jun 2020, Lexus telah memperkenalkan Lexus IS 2021 generasi keempat di beberapa negara ASEAN iaitu Thailand, Singapura, Brunei, dan Filipina. Baru-baru ini Lexus IS ini dilancarkan di Vietnam, negara kelima yang menerima sedan sports ini.

Lexus IS 2021 baru – pesaing BMW 3 Series dilancarkan di 5 negara ASEAN, tapi bukan Malaysia 02

Lexus IS spesifikasi Thailand.

Tetapi anda tidak perlu membuang masa untuk menunggu Lexus IS baru ini dilancarkan di Malaysia, kerana ia tidak akan kembali. Kenapa?

Lexus IS 2021 baru – pesaing BMW 3 Series dilancarkan di 5 negara ASEAN, tapi bukan Malaysia 03

Lexus IS spesifikasi Thailand.

Sebelum ini Lexus Malaysia pernah menjual Lexus IS generasi ketiga pada tahun 2013, diikuti varian bercas turbo pada 2015. Lexus IS menerima kemaskini terakhir pada 2017 sebelum dihentikan penjualannya di Malaysia.

Lexus IS 2021 baru – pesaing BMW 3 Series dilancarkan di 5 negara ASEAN, tapi bukan Malaysia 04

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ini kerana penjualan sedan sports seperti Lexus IS telah menurun sejak beberapa tahun lepas dek kerana populariti SUV. Malah, Lexus GS juga telah dihentikan pengeluarannya, digantikan Degnan model Lexus UX dan Lexus NX (generasi terbaru yang bakal tiba).

Semasa Lexus IS masih lagi dijual di Malaysia, harganya bermula dari RM 297,800 sehingga RM 412,000, jauh lebih mahal daripada Mercedes-Benz dan BMW. Ini kerana status import, dengan cukai yang tinggi serta volum penjualannya yang rendah.

Lexus IS 2021 baru – pesaing BMW 3 Series dilancarkan di 5 negara ASEAN, tapi bukan Malaysia 01

Lexus IS spesifikasi Thailand.

Lexus IS 2021 baru ini sebenarnya masih lagi menggunakan casis yang sama seperti generasi ketiga XE30 yang telah dinaik taraf dan diubahsuai dengan begitu ketara. Ia juga menggunakan enjin 2.0 liter 4 silinder turbo, 2.5 liter 4 silinder hibrid, dan 3.5 liter V6 aspirasi natural yang sama seperti terdahulu.

Lexus IS 2021 baru – pesaing BMW 3 Series dilancarkan di 5 negara ASEAN, tapi bukan Malaysia 02

Lexus IS spesifikasi Thailand.

Ini bukanlah sesuatu yang buruk, kerana desas desus mengatakan bahawa Lexus sedang menunggu platform FR dan enjin daripada Mazda 6 serba baru akan datang.

Lexus IS 2021 baru – pesaing BMW 3 Series dilancarkan di 5 negara ASEAN, tapi bukan Malaysia 03

Lexus IS spesifikasi Singapura.

Lebih menarik lagi, Lexus IS generasi seterusnya mungkin tidak lagi menggunakan gaya sedan, sebaliknya reka bentuk ‘Shooting Brake’. Teruja?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Lexus IS 300h

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda