window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lexus LC 500 Convertible 2021 dilancarkan - 5.0 liter V8, 477 PS, 540 Nm, harga RM 1.3 juta!

Haris · Nov 18, 2020 11:30 AM

Lexus LC 500 Convertible 2021 dilancarkan - 5.0 liter V8, 477 PS, 540 Nm, harga RM 1.3 juta! 01

Lexus Malaysia dengan ini melancarkan Lexus LC 500 convertible model pertama dari Lexus dari kereta jenis convertible. Kehadiran Lexus LC 500 convertible merupakan suatu keseinambungan daripada model Lexus LC 500 coupe.

Lexus LC 500 Convertible 2021 dilancarkan - 5.0 liter V8, 477 PS, 540 Nm, harga RM 1.3 juta! 01

Dalam sibuk sibuk jenama mewah lain yang melangkah kepada kenderaan elektrik, SUV mewah dan sebagainya, Lexus meletakkan model mereka secara eksklusif dengan tawaran sebuah convertible, sejenis model kereta yang sudah lama tidak diterokai oleh pengeluar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lexus LC 500 Convertible 2021 dilancarkan - 5.0 liter V8, 477 PS, 540 Nm, harga RM 1.3 juta! 01

Pada bahagian hadapan, rekaan spindle gril dan lampu hadapan berbentuk L yang tajam sinonim bagi Lexus membentuk karakter jenama mewah dari Jepun ini. Rekaan bahagian hadapan ini nampak futuristik hasil inspirasi daripada kereta konsep Lexus LF-FC.

Lexus LC 500 Convertible 2021 dilancarkan - 5.0 liter V8, 477 PS, 540 Nm, harga RM 1.3 juta! 02

Bergerak ke bahagian belakang, bumbung ditutup dengan kemas tanpa sebarang tanda-tanda ruang simpanan yang jelas. Lampu belakang dengan rekaan berbentuk T tampak rapi dengan garis yang bermula dari sisi ke belakang dan seterusnya ke bawah.

Lexus LC 500 Convertible 2021 dilancarkan - 5.0 liter V8, 477 PS, 540 Nm, harga RM 1.3 juta! 03

Bumbung lembut yang digunakan pula terdiri daripada empat lapisan material (tiga lapis fabrik + bahan kedap bunyi NVH) dan boleh ditutup dalam masa 15 saat atau dibuka dalam masa 16 saat. Ia boleh diaktifkan dengan hanya 1 sentuhan butang.

Lexus LC 500 Convertible 2021 dilancarkan - 5.0 liter V8, 477 PS, 540 Nm, harga RM 1.3 juta! 04

Penggunaan penutup bumbung jenis lembut (soft cover) pada Lexus LC 500 Convertible meningkatkan versatiliti kereta serta mampu mengurangkan bunyi angin daripada menembusi ruang dalaman. Tahap NVH ini tidak dapat dicapai sekiranya menggunakan bumbung keras.

Lexus LC 500 Convertible 2021 dilancarkan - 5.0 liter V8, 477 PS, 540 Nm, harga RM 1.3 juta! 05

Akhirnya, rim 21-inci yang diperkukuh dengan kemasan dua-tona berkilat serta salutan hitam melengkapkan lagi rupa paras model convertible ini.

Lexus LC 500 Convertible 2021 dilancarkan - 5.0 liter V8, 477 PS, 540 Nm, harga RM 1.3 juta! 06

Untuk bahagian dalam, Lexus LC 500 masih mengekalkan imej sporty dengan sentuhan yang lebih elegan. Model ini menampilkan tempat duduk sporty balutan kulit semi-aniline yang lengkap dengan liang dan pemanas; kerusi pemandu juga datang dengan pelarasan elektronik 8-arah dengan fungsi memori.

Lexus LC 500 Convertible 2021 dilancarkan - 5.0 liter V8, 477 PS, 540 Nm, harga RM 1.3 juta! 07

Direka untuk keselesaan dan praktikaliti, kereta ini menampilkan stereng tiga-jejari balutan kulit bersama tombol penukaran gear rekaan Takumi. Untuk sistem hiburan pula, Lexus LC 500 Convertible hadir dengan skrin multimedia resolusi tinggi 10.3-inci bersama fungsi Android Auto dan Apple Carplay.

Lexus LC 500 Convertible 2021 dilancarkan - 5.0 liter V8, 477 PS, 540 Nm, harga RM 1.3 juta! 08

Bagi penggemar audio yang teliti, LC 500 Convertible dimuatkan dengan 13 pembesar suara Mark Levinson Reference Surround Sound System. Berinspirasikan budaya Omotenashi (keramahan), sistem ini akan melaraskan secara automatik aspek akustiknya berdasarkan bunyi persekitaran, tidak kira ketika bumbung dibuka atau ditutup.

Lexus LC 500 Convertible 2021 dilancarkan - 5.0 liter V8, 477 PS, 540 Nm, harga RM 1.3 juta! 09

Lexus LC 500 Convertible menggunakan enjin 5.0 liter V8 dengan gandingan transmisi automatik Direct-Shift 10-kelajuan. Enjin suntikan terus ini menghasilkan sebanyak 477 PS kuasa dan 540 Nm tork. 

Lexus LC 500 Convertible 2021 dilancarkan - 5.0 liter V8, 477 PS, 540 Nm, harga RM 1.3 juta! 10

Pecutan 0-100 km/j hanya 4.9 saat, dengan kelajuan maksimum dihadkan secara elektronik pada 270 km/j. Suspensi kereta ini juga telah ditala dengan sistem Adaptive Variable Suspension (AVS) yang diperhalusi bagi prestasi dan kepuasan pemanduan.

Lexus LC 500 Convertible 2021 dilancarkan - 5.0 liter V8, 477 PS, 540 Nm, harga RM 1.3 juta! 11

Dengan prestasi enjin yang mengkagumkan seperti itu, LC 500 Convertible masih mampu memberikan bacaan penggunaan minyak pada kadar 12.7 L /100 km (gabungan) disebabkan oleh ciri Dual Variable Valve Timing intelligent (DVVT-i) yang turut digabungkan dengan ciri Artificial Intelligence Shift Control pada transmisi. Ciri pintar ini seolah-olah memilih gear yang sesuai untuk pemandu untuk memberikan pengalaman pemanduan terbaik.

Lexus LC 500 Convertible 2021 dilancarkan - 5.0 liter V8, 477 PS, 540 Nm, harga RM 1.3 juta! 12

Untuk ciri keselamatan pula, model Lexus LC 500 Convertible terbaru ini juga dilengkapi dengan Lexus Safety System+ (LSS+), yang terdiri daripada ciri-ciri keselamatan terkini seperti sistem pra-perlanggaran, amaran menukar lorong dengan bantuan mengekalkan lorong, kawalan melayar radar dinamik serta lampu tinggi automatik. 

Lexus LC 500 Convertible 2021 dilancarkan - 5.0 liter V8, 477 PS, 540 Nm, harga RM 1.3 juta! 13

Kenderaan ini juga dilengkapi dengan 6 beg udara serta peninjau titik buta dan amaran lintasan trafik di belakang. Sebagai sebuah kereta dengan bumbung terbuka, model ini datang dengan palang oleng (roll bar) aktif yang diaktifkan sekiranya kenderaan dikesan akan terbalik, sebagai satu langkah sokongan. Akan tetapi, sekiranya berada di dalam situasi yang tidak memerlukan, ia akan disorok dengan kemas daripada pandangan.

Lexus LC 500 Convertible 2021 dilancarkan - 5.0 liter V8, 477 PS, 540 Nm, harga RM 1.3 juta! 14

Lexus LC 500 Convertible dijual pada harga RM1,350,000 dengan cukai jualan dan perkhidmatan, tidak termasuk insurans. Model ini datang dengan jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan dan servis percuma sepanjang tempoh itu atau bagi jarak 100,000 km yang pertama.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending