window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lexus LM 350 pelancaran Malaysia - Alphard versi 4 kerusi, bayangkan luasnya! Harga RM 1.1 juta

Haris · Apr 15, 2021 01:00 PM

Lexus LM 350 pelancaran Malaysia - Alphard versi 4 kerusi, bayangkan luasnya! Harga RM 1.1 juta 01

Lexus Malaysia telah melancarkan Lexus LM 350 untuk pasaran Malaysia. MPV mewah ini menjadi satu-satunya tawaran MPV dari Lexus yang mampu membezakan erti kaya sebenar dengan kaya menunjuk-nunjuk.

Lexus LM 350 pelancaran Malaysia - Alphard versi 4 kerusi, bayangkan luasnya! Harga RM 1.1 juta 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengenakan gaya Alphard yang sudah sebati dengan rakyat Malaysia, ia juga berkongsi enjin yang sama. Lexus LM 350 ini menggunakan enjin V6, 3.5 liter NA 2GR-FKS yang dipadankan dengan transmisi 8 kelajuan automatik Direct Shift. Kesemua kuasa sebanyak 296 PS kuasa kuda dan 361 Nm tork menggerakkan roda hadapan.

Lexus LM 350 pelancaran Malaysia - Alphard versi 4 kerusi, bayangkan luasnya! Harga RM 1.1 juta 01

Walaupun menggunakan asas MPV Toyota, model ini tampil lebih premium dengan beberapa perincian pengenalan Lexus. Antaranya adalah penggunaan spindle gril pada bahagian depan dengan garisan tingkap sisi bergaya Z yang berbeza dengan Alphard

Lexus LM 350 pelancaran Malaysia - Alphard versi 4 kerusi, bayangkan luasnya! Harga RM 1.1 juta 02

Selain itu, MPV ini turut menggunakan lampu hadapan LED projektor dengan rim 18 inci Hyper Chrome Metallic rekaan kelopak. Menurut Lexus, rekaan ini bukan sahaja estetik, ia turut membantu mengurangkan bunyi tayar.

Lexus LM 350 pelancaran Malaysia - Alphard versi 4 kerusi, bayangkan luasnya! Harga RM 1.1 juta 03

Kemewahan turut diteruskan pada bahagian dalam. Pernah dengar ruang adalah kemewahan? Lexus LM 350 jelmaan konteks tersebut. Hal ini kerana Lexus LM 350 hanya memuatkan 4 orang termasuk pemandu.

Lexus LM 350 pelancaran Malaysia - Alphard versi 4 kerusi, bayangkan luasnya! Harga RM 1.1 juta 04

Baris kedua memuatkan kerusi jenis captain seat yang boleh dibaringkan dengan pengudaraan nyaman dan urutan badan. Ia juga mempunyai skrin 26 inci yang mengasingkan pemandu dengan penumpang. Skrin ini menggunakan fungsi screen mirroring dengan sambungan HDMI untuk laptop atau tablet anda.

Lexus LM 350 pelancaran Malaysia - Alphard versi 4 kerusi, bayangkan luasnya! Harga RM 1.1 juta 05

Terdapat kelengkapan peti ais mini terletak pada bawah kaki. Jam dial analog Lexus juga terdapat pada bahagian ini, menunjukkan di mana pemilik sepatutnya duduk. Jam ini kebiasannya diletakkan pada bahagian tengah papan pemuka pemandu. Pembahagi ini juga mempunyai kaca lut cahaya boleh laras untuk privasi penumpang.

Lexus LM 350 pelancaran Malaysia - Alphard versi 4 kerusi, bayangkan luasnya! Harga RM 1.1 juta 06

Pada bahagian pemandu, ia tetap dilengkapi dengan meter kluster analog dengan paparan maklumat, skrin infotainment 12.3 inci dengan fungsi Android Auto dan Apple Carplay dan 19 pembesar suara Mark Levinson.

Lexus LM 350 pelancaran Malaysia - Alphard versi 4 kerusi, bayangkan luasnya! Harga RM 1.1 juta 07

Untuk aspek keselamatan, Lexus LM 350 dilengkapi sistem bantuan pemandu (ADAS) yang meliputi Forward collision warning (FCW), Dynamic radar cruise control (DRCC), Lane departure alert (LDA), Lane tracing assist (LTA) dan Adaptive high beam (AHB).

Fungsi keselamatan standard adalah Blind spot monitor dengan Rear cross traffic alert (BSM, RCTA) dan kamera 360 darjah.

Lexus LM 350 pelancaran Malaysia - Alphard versi 4 kerusi, bayangkan luasnya! Harga RM 1.1 juta 08

warna Black

Lexus LM 350 ditawarkan dalam 2 warna iaitu White Pearl Crystal Shine dan Black. Pilihan kemasan kerusi dalam warna putih dan hitam manakala kemasan panel adalah gin suiboku (silver ink) yang diinspirasikan daripada seni lukis Jepun gaya ink wash.

Lexus LM 350 pelancaran Malaysia - Alphard versi 4 kerusi, bayangkan luasnya! Harga RM 1.1 juta 09

Harga rasmi Lexus LM 350 adalah RM 1,148,000 tanpa insurans. Lexus menawarkan 5 tahun jaminan komprehensif iaitu jarak tempuh tanpa had dengan sokongan selepas jualan lengkap dengan juruteknik terlatih Lexus.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Lexus LM350 4-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda