window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lexus NX 2022 di Jepun laku keras, unit terpakai sampai 40% lagi mahal daripada yang baru

Faisal · Jul 30, 2022 08:00 PM

Lexus NX 2022 di Jepun laku keras, unit terpakai sampai 40% lagi mahal daripada yang baru 01

Lexus NX 2022 adalah antara model Lexus paling berjaya di pasaran rumah. Kalau anda nak tahu, Lexus di Jepun sendiri tidak selaku Mercedes-Benz atau BMW.

Lexus NX 2022 di Jepun laku keras, unit terpakai sampai 40% lagi mahal daripada yang baru 02

Tetapi disebabkan penangan NX baharu cukup dasyat, tempoh menunggu di Jepun sekarang ini telah mencecah 2 tahun. Selain itu, perkara ini turut berpunca daripada isu bekalan semikonduktor dan peralatan automotif yang lain. Dengan China melanjutkan lockdown Covid-19, lagilah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Setakat Jun, Lexus di Jepun telah mengutip sehingga 35,000 tempahan buat NX tetapi mereka hanya mampu menyerahkan 20% daripada jumlah itu.

Lexus NX 2022 di Jepun laku keras, unit terpakai sampai 40% lagi mahal daripada yang baru 01

Kalau diperhatikan pada laman kereta terpakai popular di Jepun pula, terdapat banyak Lexus NX 2022 terpakai yang mana perbatuannya tidak sampai 1,000 km.

Lexus NX 2022 di Jepun laku keras, unit terpakai sampai 40% lagi mahal daripada yang baru 02

Menariknya, harga yang ditawarkan adalah 35% ke 40% lebih tinggi, tidak kisahlah varian apa.

Lexus NX 2022 di Jepun laku keras, unit terpakai sampai 40% lagi mahal daripada yang baru 03

Untuk makluman anda, di Malaysia, penyerahan Lexus NX masih diganggu oleh isu bekalan yang terhad (semua model Lexus di Malaysia diimport dari Jepun) tetapi tempoh menunggunya tidaklah begitu berat.

Juga bacaTempoh menunggu Lexus NX 2022 di Jepun cecah 10 bulan, pembeli di Malaysia pula dapat 'ekspres'

Nasib baiknya, pasaran luar seperti Malaysia mendapat lebih keutamaan dan kebanyakan tunggakan tempahan di Jepun sebenarnya untuk varian hibrid NX 350h dan hibrid plug-in NX 450h+ sahaja. Bagi anda yang belum tahu, kedua-dua varian ini tidak dijual di Malaysia.

Secara amnya, NX 250 dan NX 350 F Sport yang ditawarkan di tanah air kita mempunyai tempoh menunggu selama 3 ke 4 bulan.

Juga baca2022 Lexus NX serba baharu dilancarkan - enjin 2.4L Turbo jadi taruhan, dari RM 370k!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Lexus NX 350 F Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda