window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lexus RX 2023 generasi baru membuat debut - trenkuasa PHEV & turbo hibrid buat julung kali!

Faisal · Jun 1, 2022 11:00 AM

Lexus RX 2023 generasi baru membuat debut - trenkuasa PHEV & turbo hibrid buat julung kali! 01

  • Lexus RX generasi baru debut dengan teknologi & gaya moden
  • Varian RX 500h adalah Lexus pertama dengan enjin turbo hibrid
  • Jarak roda dipanjangkan lagi

Lexus sebentar tadi baru sahaja memperkenalkan Lexus RX 2023 generasi baharu. Untuk kali ini, ia membawa falsafah Lexus Driving Signature yang diasaskan oleh platform TNGA buat kali pertama dalam sejarah model ini.

Lexus RX 2023 generasi baru membuat debut - trenkuasa PHEV & turbo hibrid buat julung kali! 02

Pada bahagian luar, pewaris SUV mewah ini tampil dengan gaya yang dievolusikan dari model terdahulu tapi dengan unsur yang lebih moden. Antaranya seperti gril depan yang diintegrasikan terus dengan badan dan nyalaan lampu brek yang melintang pada bahagian belakang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lexus RX 2023 generasi baru membuat debut - trenkuasa PHEV & turbo hibrid buat julung kali! 01

Bercakap mengenai ini, logo Lexus di belakang juga telah ditukar kepada tulisan ‘LEXUS’, sama seperti adiknya iaitu Lexus NX.

Lexus RX 2023 generasi baru membuat debut - trenkuasa PHEV & turbo hibrid buat julung kali! 02

Dari segi dimensi, Lexus RX baharu lebih besar daripada model terdahulu tetapi ketinggiannya lebih pendek.

Dimensi Lexus RX
Model RX lama RX baru Perbezaan
Panjang (mm) 4,890 4,890 0
Lebar (mm) 1,895 1,920 +25
Tinggi (mm) 1,705 1,695 -10
Jarak roda (mm) 2,790 2,850 +60

Lexus RX 2023 generasi baru membuat debut - trenkuasa PHEV & turbo hibrid buat julung kali! 03

Beralih ke bahagian dalam pula, Lexus RX 2023 tampil dengan kabin yang berkonsep Tazuna di mana ia menerapkan teknologi skrin besar dan unsur kemewahan seperti kapal layar.

Lexus RX 2023 generasi baru membuat debut - trenkuasa PHEV & turbo hibrid buat julung kali! 04

Lexus RX 2023 generasi baru membuat debut - trenkuasa PHEV & turbo hibrid buat julung kali! 05

Lexus RX 2023 generasi baru membuat debut - trenkuasa PHEV & turbo hibrid buat julung kali! 06

Bergantung pada pasaran, Lexus RX baharu boleh didatangkan dengan pilihan skrin infotainment 9.8 inci atau 14 inci, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, sistem audio Mark Levinson dan pelbagai trim dan bahan, mengikut pilihan pembeli.

Lexus RX 2023 generasi baru membuat debut - trenkuasa PHEV & turbo hibrid buat julung kali! 07

Untuk aspek trenkuasa, Lexus RX generasi baru secara majoritinya menerapkan unsur elektrifikasi yang mana ia ditawarkan dengan pilihan enjin seperti berikut:

  • RX 350: 2.4L turbo, T24A-FTS, FWD & AWD
  • RX 350h: 2.5L NA hibrid (HEV), A25A-FXS, FWD & E-Four AWD
  • RX 450h+: 2.5L NA hibrid plug-in (PHEV), A25A-FXS + hibrid plug-in THS II, E-Four AWD
  • RX 500h: 2.4L turbo hibrid (HEV), T24A-FTS, DIRECT4 AWD

Bercakap mengenai elektrifikasi, model elektrik penuh (EV) juga ada iaitu Lexus RZ.

Juga bacaModel produksi diiklankan, ujian pertama kereta elektrik Lexus RZ450e ‘perform’ kaw kaw

Lexus RX 2023 generasi baru membuat debut - trenkuasa PHEV & turbo hibrid buat julung kali! 08

Apapun, segala butiran mengenai angka kuasa akan didedahkan pada masa akan datang.

Lexus RX 2023 generasi baru membuat debut - trenkuasa PHEV & turbo hibrid buat julung kali! 09

Dari segi keselamatan pula, Lexus RX baharu dilengkapkan dengan ADAS Lexus Safety System+ yang merangkumi ciri:

  • Pre-Collision System (PCS)
  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)
  • Lane Departure Alert (LDA)
  • Abnormal Driver condition response system
  • Proactive Driving Assist (PDA)

Lexus RX 2023 generasi baru membuat debut - trenkuasa PHEV & turbo hibrid buat julung kali! 10

Di Malaysia nanti, Lexus RX generasi baru bakal bersaing sengit dengan Mercedes-Benz GLE, BMW X5, Volvo XC90 dan Porsche Cayenne.

Selama ini, Lexus RX di Malaysia ditawarkan pada harga RM 385,306 ke RM 425,187. Namun begitu, harga model baru nanti dijangka naik, sama seperti yang dibuat pada Lexus NX 2023.

Juga baca2022 Lexus NX serba baharu dilancarkan - enjin 2.4L Turbo jadi taruhan, dari RM 370k!

Secara amnya, SUV mewah Lexus yang baru ini dijangka tiba di Malaysia sekitar pertengahan tahun hadapan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Lexus RX 350 Luxury

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda