window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lexus RX 2023 serba baru akan debut 1 Jun; dapat chassis TNGA, PHEV buat julung kalinya

Mersita · May 20, 2022 03:00 PM

Lexus RX 2023 serba baru akan debut 1 Jun; dapat chassis TNGA, PHEV buat julung kalinya 01

Memilih kenderaan Lexus boleh dikatakan satu perkara yang agak berbeza dengan pilihan konvensional seperti lencana bintang tiga bucu atau lencana bulat putih-biru yang jadi pilihan ramai, namun Lexus RX barangkali akan membuatkan pembeli Lexus tampil lebih bijak berbanding yang lain. Pada bulan hadapan, Lexus RX 2023 serba baru akan didebut dan mengukuhkan lagi barisan tawaran jenama Jepun ini.

Lexus RX 2023 serba baru akan debut 1 Jun; dapat chassis TNGA, PHEV buat julung kalinya 02

Acah bagi model serba baru ini

Tarikh debut RX 2023 ditetapkan pada Rabu, 1 Jun 2022, jam 8 pagi waktu Malaysia dalam satu acara atas-talian. RX 2023 akan menjadi kenderaan generasi kelima yang membawa nama Radiant Crossover, mengakhiri jualan generasi terdahulu yang bertahan sejak 7 tahun lalu. Tayangan global ini boleh diakses menerusi pautan ini.

Juga baca: 10 kereta paling senyap pernah kami uji – enjin 6 silinder lagi senyap daripada elektrik?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lexus RX 2023 serba baru akan debut 1 Jun; dapat chassis TNGA, PHEV buat julung kalinya 01

Sekilas pandang bahagian belakang RX baharu, diambil dari video Oriba Car Channel

Rupa bentuk baharu yang unik akan diperlihatkan, merujuk kepada gambar acah dan intipan yang menonjolkan bentuk lebih bersegi berbanding model terkini. Model-model terkini memberi gambaran dan klu bagi rupa bentuk RX baru ini nanti, oleh itu kita boleh jangkakan ‘light bar’ di bahagian belakangnya; ala-Lexus RZ dan Lexus NX yang baru tiba di Malaysia.

Juga baca: Model produksi diiklankan, ujian pertama kereta elektrik Lexus RZ450e ‘perform’ kaw kaw

Lexus RX 2023 serba baru akan debut 1 Jun; dapat chassis TNGA, PHEV buat julung kalinya 02

Lexus NX – jangkakan ciri rekaan serupa untuk model baru ini

Setakat ini, ruang dalamannya masih terlindung rapi dan maklumat teknikalnya juga terhad. Elektrifikasi besar kemungkinannya akan diberi, oleh itu bersedia untuk trenkuasa plug-in hybrid berserta satu sistem hybrid baharu dengan pacuan semua roda (AWD) Direct4 untuk digandingkan dengan chassis Toyota New Global Architecture (TNGA).

Juga baca: Ringkasan: Lexus RX 300 2019 - Suspensi udara tidak diperlukan

Samada ia akan masuk ke pasaran Malaysia; ini masih belum dapat dipastikan. Bagi yang berminat, bolehlah memilih Lexus RX generasi terkini terlebih dahulu, dengan harga bermula dari RM 385,306 (berserta diskaun SST, sah sehingga 30 Jun 2022).

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Lexus RX 350 Luxury

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda