window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lindungi lori langgar syarat - 32 pegawai JPJ dicekup SPRM, makan suap RM 1.64 juta

Mersita ยท Mar 17, 2021 11:59 AM

Lindungi lori langgar syarat - 32 pegawai JPJ dicekup SPRM, makan suap RM 1.64 juta 01

Tiada kompromi. Langkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin dalam penahanan 32 pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menunjukkan komitmen pucuk pimpinan yang tidak akan bertolak ansur dengan aktiviti rasuah yang merosakkan negara.

Penangkapan pegawai-pegawai yang terlibat dalam aktiviti rasuah itu disyaki melindungi pemandu lori yang melanggar undang-undang – terutamanya kes muatan berlebihan serta tidak mematuhi aspek teknikal yang ditetapkan. 32 pegawai JPJ yang terlibat adalah dari Gred 17 hingga Gred 48 dan berusia dalam lingkungan 30 hingga 60 tahun.

Lindungi lori langgar syarat - 32 pegawai JPJ dicekup SPRM, makan suap RM 1.64 juta 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain pegawai JPJ, SPRM turut memberkas 12 individu lain termasuk anggota, bekas anggota polis trafik, dan orang awam. Tangkapan Ops Sukat ini dibuat di beberapa negeri iaitu Kedah (11), Pulau Pinang (9), Perak (12), Perlis (1), dan Melaka (11).

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata orang awam itu menjadi proksi untuk memasukkan wang habuan ke dalam akaun mereka untuk diserahkan kepada pegawai penguat kuasa.

Lindungi lori langgar syarat - 32 pegawai JPJ dicekup SPRM, makan suap RM 1.64 juta 01

“Modus operandi mereka ialah melepaskan lori-lori yang melakukan kesalahan jalan raya selepas menerima sogokan antara RM 150 hingga RM 3,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi atau proksi setiap bulan, dengan nilai keseluruhan RM 1.64 juta,” jelasnya.

Siasatan masih lagi berjalan dan SPRM tidak menolak kemungkinan ada beberapa tangkapan lagi.

Baca juga: Pemandu dilarang meletakkan objek di badan kenderaan, 46 lori dan treler disaman JPJ

Sumber berita: Kosmo

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda