window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

'Loan' kereta anda tak lulus-lulus? Periksa dulu 5 perkara ini!

Mersita ยท Feb 7, 2021 04:00 PM

'Loan' kereta anda tak lulus-lulus? Periksa dulu 5 perkara ini! 01

Pada tahun 1949, tempoh pinjaman bagi sebuah VW Beetle ialah 12 bulan dengan kadar bunga tahunan 9%. Itu dulu, sekarang dah lain. Kini, di Malaysia, tempoh pinjaman kereta selalunya untuk lima, tujuh atau sembilan tahun dengan kadar bunga tahunan berubah-ubah sekitar 3% (dikira berdasarkan jumlah prinsipal). Kereta-kereta zaman sekarang pun makin mahal dan hampir mustahil bagi kebanyakan orang untuk membelinya secara tunai.

Tapi, adakah meminjam untuk membeli kereta satu perkara yang buruk? Perkara ini bergantung kepada keadaan kewangan masing-masing (terutamanya hasil pendapatan anda), kelebihan yang boleh anda dapatkan dari kereta tersebut, dan juga keseronokan yang boleh diperolehi daripadanya.

Tahap kemampuan anda untuk membeli kereta adalah berdasarkan beberapa faktor seperti berikut:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

1. Nisbah Perkhidmatan Hutang / ‘Debt Service Ratio’ (DSR)

'Loan' kereta anda tak lulus-lulus? Periksa dulu 5 perkara ini! 01

Gambar

Perkara penting dalam mana-mana pinjaman kereta ialah bayaran bulanannya. Jika anda pernah baca artikel-artikel kami tentang gaji minima yang diperlukan untuk membeli kereta tertentu (contohnya Nissan Almera, Honda City), garis panduan biasa yang diberikan ialah pastikan bayaran bulanan kereta anda tidak melebihi 20% daripada gaji bulanan anda.

'Loan' kereta anda tak lulus-lulus? Periksa dulu 5 perkara ini! 02

Apakah kadar gaji minima untuk membeli sebuah Nissan Almera? Dapatkan kiraannya di sini

Bank akan menentukan samada anda layak untuk diberi pinjaman kereta atau tidak berdasarkan ‘Debt Service Ratio’ (DSR) mereka.

DSR = (jumlah keseleruhan komitmen bulanan) / (pendapatan bersih)

Setiap bank mempunyai had DSR yang berbeza. Oleh itu, jika satu bank menolak permohonan pinjaman anda, anda boleh cuba lagi dengan bank-bank lain. Ada yang menetapkan had DSR pada 40%, ada juga yang 70%.

Ingat, komitmen bulanan keseluruhan anda termasuklah gadai janji dan pinjaman pendidikan. Oleh itu, anda harus berfikiran realistik dengan bayaran bulanan yang padan dengan kemampuan anda.

Jika anda ada duit tunai lebihan di tangan dan berhasrat untuk mengurangkan bayaran bulanan (supaya anda boleh memohon pinjaman lain), anda boleh bayar wang pendahuluan/’downpayment’ lebih banyak dan pinjam jumlah yang lebih sedikit.

2. CCRIS dan CTOS

'Loan' kereta anda tak lulus-lulus? Periksa dulu 5 perkara ini! 03

CCRIS (Central Credit Reference Information System) dan CTOS (Credit Tip-Off Service) adalah rujukan bagi bank untuk menilai kepatuhan bayaran komitmen anda. Laporan ini akan mengkaji tabiat pinjaman, bayaran semula, dan permohonan anda.

CCRIS ialah sistem yang dibentuk oleh Bank Negara Malaysia, manakala CTOS pula merupakan syarikat persendirian.

Apabila anda memohon pinjaman kereta yang baru, mereka akan merujuk rekod bayaran semula hutang anda melalui laporan ini. Jikalau rekod anda tak cantik, pinjaman anda tidak akan diluluskan.

Nak rekod CCRIS atau CTOS yang bersih? Bayar komitmen bulanan anda dengan berdisiplin dan tepat pada masanya.

3. Jenis pekerjaan/Kadar turun-naik pendapatan

'Loan' kereta anda tak lulus-lulus? Periksa dulu 5 perkara ini! 04

Gambar

Peluang untuk permohonan pinjaman anda diluluskan paling cerah jika anda seorang penjawat awam kerajaan. Bank hanya mahu memastikan yang anda boleh membayar semula pinjaman yang dibuat. Oleh itu, semakin stabil pekerjaan anda, semakin mudah untuk anda lulus permohonan pinjaman.

Oleh itu, mereka yang bekerja sendiri, karyawan bebas (‘freelancer’), dan yang ‘makan komisyen’ adalah golongan yang paling sukar untuk mendapatkan pinjaman. Peminjam/bank mahukan bukti yang anda mempunyai pendapatan stabil. Oleh itu, anda boleh bentangkan purata pendapatan anda sepanjang 6 bulan terkini (penyata bank) ataupun perisytiharan cukai pendapatan anda.

Selain dari itu, jika anda bekerja di bawah syarikat besar, mereka mungkin boleh bayarkan bayaran bunga pinjaman kereta anda sebagai salah satu faedah atau ‘benefit’ pekerja.

4. Nilai kereta yang hendak dibeli

'Loan' kereta anda tak lulus-lulus? Periksa dulu 5 perkara ini! 05

Selain daripada kredibiliti anda sebagai peminjam, nilai kereta berkenaan juga memainkan peranan besar dalam kelulusan pinjaman anda. Isu ini tidak melibatkan pembelian kereta serba baru atau ‘first-hand’, tapi ia boleh jadi satu masalah apabila anda hendak meminjam untuk kereta terpakai.

Aspek ini cukup penting kerana jika anda gagal melangsaikan pinjaman, kereta tersebut dijadikan cagaran. Nilai kereta tersebut mesti mampu membayar baki pinjaman yang dibuat kalaulah anda sudah tidak mampu untuk melangsaikan hutang anda dengan bank.

Jika pihak bank menilai kereta anda pada kadar yang lebih rendah dari jangkaan, anda boleh cuba tambah lagi bayaran pendahuluan anda untuk kurangkan jumlah pinjaman ataupun cuba cari bank lain saja.

5. Keadaan ekonomi

'Loan' kereta anda tak lulus-lulus? Periksa dulu 5 perkara ini! 06

Gambar

Dalam keadaan ekonomi yang teruk, bank akan lebih berhati-hati dengan calon yang memohon pinjaman dari mereka. Kelulusan pinjaman boleh memakan masa yang lebih lama ketika keadaan ekonomi yang teruk kerana bank akan lakukan pemeriksaan latar-belakang yang lebih menyeluruh ke atas si peminjam. Ketika keadaan ekonomi sedang baik, permohonan pinjaman anda lebih mudah untuk diluluskan.

Memang tak dinafikan yang perkara sebigini adalah di luar kawalan anda. Namun, jika anda ada rekod yang bagus dalam bayaran semula pinjaman lain/terdahulu sambil mempunyai pendapatan yang baik dan stabil, permohonan pinjaman anda akan jadi lebih mudah untuk mendapat kelulusan walaupun dalam keadaan ekonomi yang baik mahupun buruk.

Rumusan

Inilah 5 perkara yang anda patut ambil kira sebelum membuat permohonan pinjaman supaya ia mudah untuk diluluskan. Pinjaman adalah satu kemudahan yang bagus dan anda patut gunakannya dengan bijak. Selamat maju jaya dalam pembelian kereta baharu anda nanti dan pastikan anda dapat kepuasan maksima daripada pembelian tersebut.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda