window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Loji RM 200 juta ini sebab Perodua akan terus gunakan transmisi auto 4-kelajuan

Mersita · Jul 21, 2020 11:00 AM

Loji RM 200 juta ini sebab Perodua akan terus gunakan transmisi auto 4-kelajuan 01

Jika anda ingat Perodua akan mengubah transmisi automatik ‘torque converter’ 4-kelajuan kereta mereka tak lama lagi, barangkali jangkaan anda meleset. Jenis transmisi ini akan masih digunakan dalam jangka-masa yang lama lagi walaupun dunia semakin bergerak ke arah transmisi automatik jenis CVT.

Transmisi automatik 4-kelajuan Akashi Kikai yang Perodua telah buktikan keberkesanannya akan terus dijual di Malaysia kerana sebab yang mudah – benda dah elok, buat apa nak betulkan?

Loji RM 200 juta ini sebab Perodua akan terus gunakan transmisi auto 4-kelajuan 02

Sudah terang lagi jelas dari prestasi jualan, Perodua kekal sebagai jenama kereta nombor 1 di Malaysia sudah sedekad lebih. Kalau anda nak debatkan hal ini dengan kelebihan yang diberi pada Perodua untuk bersaing dengan kereta impot, usah buang tenaga anda kerana inilah realitinya tentang segmen pasaran yang satu ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi rakyat marhaen yang mahukan kereta yang murah, boleh diharap dan cukup bagus tanpa drama lebih – pendek cerita, majoriti daripada pembeli kereta – Perodua memenuhi semua keperluan ini dengan cukup cemerlang.

Loji RM 200 juta ini sebab Perodua akan terus gunakan transmisi auto 4-kelajuan 01

Sebab lainnya adalah pembekal transmisi Perodua (sebenarnya Daihatsu) iaitu Akashi Kikai Industry telah melabur lebih RM 200 juta dalam loji pengilangan transmisi di Sendayan, Negeri Sembilan.

Loji di Sendayan ini membekalkan transmisi secara eksklusif kepada Perodua dan mereka hanya membuat transmisi automatik 4-kelajuan dan manual 5-kelajuan, dimana jenis automatik tersebut mengambil sebahagian besar daripada keseluruhan kapasitinya.

Loji RM 200 juta ini sebab Perodua akan terus gunakan transmisi auto 4-kelajuan 02

Loji tersebut telah memulakan operasi pada tahun 2015 – baru je lagi. Ia mungkin akan mengambil masa 5 tahun lagi untuk melunaskan pelaburan pada loji ini. Ini bermaksud yang transmisi automatik 4-kelajuan akan terus digunakan oleh kereta-kereta keluaran Perodua.

Ingat lagi kisah 'u-turn' Proton Saga yang bertukar semula ke transmisi automatik 4-kelajuan bersumberkan Hyundai setelah jenis CVT yang digunakannya kurang disambut baik? Ini bermaksud keputusan Perodua untuk kekal dengan transmisi mereka adalah keputusan tepat dari awal lagi.

Loji RM 200 juta ini sebab Perodua akan terus gunakan transmisi auto 4-kelajuan 03

Jenis ‘torque converter’ 4-kelajuan yang mantap sememangnya kurang menonjol dari segi pemasaran. Tapi, ia murah dan boleh diharap. Dalam segmen ini, dua aspek ini sajalah yang penting.

Nak fikirkan lagi kemungkinan yang ada? Ada dua senario dimana Perodua akan tinggalkan transmisi auto 4-kelajuan ini – perubahan ketara dalam permintaan pengguna atau undang-undang yang diketatkan bagi kecekapan petrol/pengeluaran gas ekzos. Sebab kedua agak longgar di Malaysia, manakala yang pertama pula masih tiada pemacunya.

Loji RM 200 juta ini sebab Perodua akan terus gunakan transmisi auto 4-kelajuan 04

Walaubagaimanapun, SUV baru Perodua yang akan datang iaitu Perodua D55L mungkin akan menjadi kereta Perodua pertama untuk diberi transmisi auto jenis CVT. Kereta penderma D55L, iaitu Daihatsu Rocky pasaran Jepun/Toyota Raize, didatangkan dengan hanya satu pilihan tren kuasa iaitu enjin turbo 1.0 liter dengan 3 silinder yang menjana hanya 98 PS dan 140 Nm, dipadankan dengan CVT.

Model tersebut dijangka untuk diperkenalkan sekitar awal tahun 2021.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda