Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya.

Mersita · Nov 10, 2020 02:00 PM

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 01

Walaupun ia belum diumumkan secara rasmi, langkah Kia keluar daripada Naza Kia Malaysia ialah satu rahsia terbuka.

Tak ramai yang setuju dengan cara Naza Kia Malaysia mengendalikan jenama kereta Korea tersebut. Ramai netizen yang berharap Kia boleh dapat masa depan yang lebih cerah di bawah naungan Bermaz. Tapi, adakah harapan ini bakal menjadi sia-sia?

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 02

Sejak pertengahan tahun 2000-an, kereta Kia generasi baru telah berjaya menarik minat ramai di serata dunia. Ada juga yang berpendapat bahawa kereta Kia masa kini, terutama sekali model premium, adalah lebih baik daripada kereta BMW atau Mercedes-Benz.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 01

Namun, realitinya di Malaysia tidaklah seindah ini.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 02

Kia Forte. Banyak potensi tapi kurang hasilnya

Walaupun ia dilabel sebagai “City/Vios killer” oleh peminatnya, populariti Kia Forte 2009 cuma hangat-hangat tahi ayam. Sebagai sebuah kereta segmen C yang dijual pada harga seperti segmen B, ditambah lagi dengan ruang dalaman yang cukup bagus untuk menyaingi Audi ‘entry level’, Forte sepatutnya boleh pergi lebih jauh lagi tapi hakikatnya angka jualannya rendah.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 03

Jualan kereta Kia di Malaysia memuncak pada tahun 2006 dengan sejumlah 35,998 unit terjual – jika anda anggap kereta ‘rebadge’ seperti Kia Carens (Naza Citra) dan Kia Carnival (Naza Ria) sebagai Kia.

Ketika zaman kegemilangannya, jualan Naza Kia sebahagian besarnya didorong oleh Naza Citra – dengan harganya yang rendah membolehkannya bersaing sengit dengan Toyota Avanza yang pada masa itu kereta 7 tempat duduk paling laku di Malaysia.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 04

Inilah era dimana Kia juga mewakili sektor van komersial. Sejak dahulu lagi sebelum van jenama China mula menembusi pasaran kita, Kia Pregio sememangnya cukup popular mengalahkan Toyota Hiace.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 05

Naza Kia Malaysia pada zaman kegemilangannya

Jika kita rujuk pada kereta berjenama Kia sahaja (dari tahun 2014 dan seterusnya), Kia berada pada puncaknya pada 2014 dengan 9,938 unit terjual; hampir separuh daripada jumlah ini diwakili oleh Kia Cerato.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 06

Apa-apa pun, kesudahan cerita ini tetap sama; jenama Kia tetap berada dalam kategori lemah dengan hanya 3,432 kereta terjual pada 2019.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 07

Memang mudah untuk kita menuding jari pada Naza Kia Malaysia sebagai penyebab kegagalan Kia dalam usahanya untuk mengembangkan sayap seluas-luasnya. Tapi, ramai yang tak sedar tentang Kia yang mempunyai pejabatnya sendiri di Malaysia. Ini bukannya Naza Kia Malaysia, tapi Kia Malaysia yang ditubuhkan oleh Kia Motor Company sendiri.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 08

Pejabat Kia Malaysia yang terletak di Naza Tower berkongsi bangunan pejabat yang sama dengan Naza Kia Malaysia. Ia ditubuhkan untuk membantu dan memantau pengedar tempatan. Kegagalan dan kejayaan jenama Kia di Malaysia patut dikaitkan dengan Kia Malaysia juga, bukan Naza Kia Malaysia semata-mata.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 09

Yang pasti, kita juga harus sedar yang keluarga Naza tidak begitu fokus pada usaha ini. Ia tampak jelas apabila kehidupan peribadi keluarga tersebut mendominasi ruang berita hiburan dengan lebih rancak berbanding berita perniagaan mereka di akhbar-akhbar bisnes.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 10

Tiada banyak bezanya melainkan Kia sendiri mengambil langkah lebih agresif

Netizen gemar merujuk kepada kejayaan Bermaz Auto dalam mempertingkatkan profail jenama Mazda di Malaysia yang diambil-alihnya pada tahun 2008. Ini menjadi kayu ukur untuk masa depan Kia yang dianggap akan jadi lebih baik berbanding zamannya bersama Naza.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 11

Bermaz Auto ialah pengedar kenderaan Mazda di Malaysia (melalui Bermaz Motor) dan Filipina (melalui Bermaz Auto Phillipines). Ia juga mewakili Ssangyong (melalui Ssangyong Berjaya Auto Philippines) dan juga Changan (Berjaya Auto Inc.) di Filipina.

Pada tahap ini, kami ingin beri amaran tentang harapan palsu atau ‘unrealistic expectation’.

Jualan Kia di Malaysia semakin menurun selama lebih 10 tahun, lebih spesifik 14 tahun. Oleh itu, agak tidak adil jika kita letakkan harapan tinggi pada pasukan baru, samada Bermaz atau siapa saja, untuk membetulkan perkara yang sudahpun rosak sedekad lamanya dengan begitu pantas.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 12

Perlu diingatkan yang kejayaan Bermaz Auto dengan Mazda banyak bergantung kepada Mazda Motor Jepun berbanding Bermaz Auto sendiri.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 13

Kilang ini di Vietnam ialah kilang Mazda yang paling besar dan paling moden di ASEAN

Mazda telah melabur dalam pembinaan tiga kilang di rantau ini; kilang Automotive Alliance Thailand di Rayong yang dimiliki bersama dengan Ford, kilang Mazda Malaysia di Kulim hasil usaha-sama 70:30 antara Mazda Motor dan Bermaz Motor, dan satu lagi ialah kilang usaha-sama di Vietnam iaitu yang paling besar antara ketiga-tiga kilang ini.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 14

Separuh daripada kilang Ford-Mazda AAT di Rayong adalah milik Mazda

Mazda juga telah melabur dalam pembuatan kereta yang direka khas untuk memenuhi keperluan spesifik di rantau ini, contohnya Mazda BT-50 dan Mazda 2 Sedan. Pendek kata, Mazda memang serius dan yakin dalam penglibatannya di ASEAN.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 15

Mazda Motor tidak menyerahkan segala-galanya kepada Bermaz. Ia masih mempunyai hak milik 70 peratus daripada syarikat usaha-sama (JV) untuk pengilangan tempatan

Nilai pelaburan langsung Mazda bukannya boleh dilihat dari segi wang ringgit semata-mata. Ia merupakan langkah simbolik untuk Bermaz yang mengatakan mereka betul-betul serius dan komited dalam perniagaan ini, sama seperti Bermaz. Sebagai pembuat kereta, kepakaran mereka ialah dalam pengilangan, oleh itu mereka akan bina kereta-kereta yang diperlukan. Sebagai sebuah syarikat tempatan, Bermazlah yang lebih memahami pasaran tempatan, oleh itu Bermaz haruslah bersungguh-sungguhlah dalam penjualan kereta-kereta ini.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 16

Semua jenama yang berjaya di sini mempunyai sebentuk pelaburan langsung oleh pengilang prinsipal.

Persoalannya di sini ialah adakah Kia bersedia untuk melabur dan komited dengan tahap yang sama di Malaysia dan negara-negara ASEAN lain?

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 17

Contohnya, UMW Toyota mempunyai pemilikan 39 peratus oleh Toyota Motor Corporation, dan 10 peratus pemilikan oleh sebuah syarikat perniagaan, Toyota Tsuho Corporation. 51 peratus pemilikan Honda Malaysia dipegang oleh Honda Motor Co.

Malah, Volkswagen Passenger Cars Malaysia juga dimiliki oleh Porsche Holding Salzburg yang dimiliki sepenuhnya oleh Volkswagen Group sebagai syarikat peruncitan.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 18

Nissan dan Ford kurang kompetitif di sini atas sebab yang sama dengan Kia. Memandangkan semua risiko ditanggung oleh Edaran Tan Chong Motor dan Sime Darby Auto Connexion masing-masing, anda dah boleh nampak mengapa kedua-dua syarikat tempatan itu bersikap lebih konservatif. Mana ada peniaga yang sanggup melabur berlebih-lebihan untuk satu jenama yang bukan milik mereka.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 19

Kia menunjukkan komitmen jangka-panjang yang agak lemah di sini

Kia tidak begitu berminat dalam pasaran rantau ASEAN dan konsumer di sini menzahirkan rasa yang sama – nampak jelas dalam bahagian pasaran/'market share' yang tidak menarik di rantau ini. Satu-satunya negara ASEAN di mana Kia cukup berjaya ialah pasaran Vietnam dengan pemanduan sebelah kiri (Singapura dan Brunei tak dikira). Kia mempunyai kilang pemasangan yang dimiliki bersama di sana.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 20

Kia berjaya menjual 30,103 kenderaan di Vietnam tahun lepas dan ini meletakkan mereka di tempat keenam. Yang mendahuluinya ialah Toyota (79,238 unit), Honda (33,102 unit), Mazda (32,731 unit), Ford (32,175 unit), dan Mitsubishi (30,642 unit).

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 21

Kia lebih suka berfokus pada pasaran pemanduan sebelah kiri seperti Vietnam dan Filipina

Tak ada CKD, tak guna

Langkah menukar pengedar tempatan Kia tidak akan membawa apa-apa perubahan jika tiada harga borong yang menarik ataupun model-model yang dipasang tempatan (CKD).

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 22

Jika Kia mahu menjadi jenama dengan barisan kereta-kereta CBU sahaja, keuntungannya di bawah naungan Bermaz takkan banyak bezanya dengan Skoda yang kini tidak aktif dibawah Bermaz. Tanpa penyertaan langsung dari Skoda, jenama diimpot dari Czech itu jadi lewah kerana ia tidak mampu menandingi harga model-model VW yang dipasang tempatan.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 23

Kilang pembuatan Naza di Gurun telah dijual kepada PSA Group milik Peugeot. Pemasangan tempatan di sana nampak gayanya tak akan berlaku.

Pilihan lain yang ada ialah kilang Inokom di Kulim – dimana Bermaz Auto ada 29 peratus pemilikan di sana manakala syarikat induk Kia iaitu Hyundai Motor mempunyai pemilikan 15 peratus – tapi, agak sukar untuk kita rumuskan yang opsyen ini akan diberi pada Kia.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 24

Ini disebabkan oleh Sime Darby Motors – dimana subsidiarinya, Hyundai-Sime Darby Motors, mempunyai produk yang bersaing dengan Kia – mempunyai pemilikan 51 peratus di kilang Inokom.

“The Vietnam factor” - Perjanjian Perdagangan Bebas Korea-ASEAN

Walaubagaimanapun, ada lagi satu jalan penyelesaian yang boleh dipertimbangkan. Korea telah menandatangani satu perjanjian perdagangan bebas dalam gugusan perdagangan ASEAN. Antara negara yang menjadi ahli iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, dan Thailand telah bersetuju untuk mengurangkan duti impot bagi kereta CBU buatan Korea dengan kapasiti enjin 2,000 cc keatas sehingga 5 peratus (turun daripada 30 peratus bagi Malaysia).

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 25

Duti impot untuk kereta CBU Korea dengan kapasiti enjin bawah 2,000 cc pula akan kekal pada 30 peratus seperti biasa. Oleh itu, Kia Seltos yang dibuat di Korea takkan dijual dengan harga murah, tapi kemungkinan ini ada untuk Stinger.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 26

Namun, jika pengimpot Malaysia mahu menikmati kelebihan ini, Kia perlu berusaha dalam menyediakan ‘certificate of origin’ (CO) yang menghuraikan setiap satu bahagian yang digunakan di dalam kereta tersebut. Seperti yang kita boleh bayangkan, proses ini sangat-sangat rumit dan hanya segelintir pengilang yang mahu bersusah-payah untuk melaksanakannya bagi pasaran kecil seperti Malaysia.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 27

Satu lagi sumber yang ada potensi untuk kenderaan Kia ialah Vietnam, dimana Kia mempunyai pemilikan bersama dalam kilang THACO-Kia di THACO Chu Lai Industrial Park. Truong Hai Auto Corporation (THACO) merupakan sebuah konglomerat dari Vietnam dengan fokus yang mendalam terhadap sektor automotif.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 28

Kilang THACO-Kia telahpun mengekspot Grand Carnival ke pasaran Thailand, tapi hanya dalam jumlah yang sedikit – hanya beberapa ratus unit setahun.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 29

Tapi, Kia telah membuat pengumuman yang ia berhasrat untuk mengembangkan kilang Vietnamnya sebagai hab ekspot Kia untuk rantau ini, termasuklah pasaran pemanduan sebelah kanan ASEAN. Semua kereta yang diekspot dari Vietnam mengandungi sekurang-kurangnya 40 peratus kandungan tempatan/dari rantau ini, dan ini melayakkan mereka untuk dikecualikan dari duti impot di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 30

Kilang THACO-Kia kini menghasilkan Picanto, Soluto, Cerato, Carens, Grand Carnival, Seltos, dan Sorento. Tapi, tak semuanya boleh didapati sebagai pemanduan sebelah kanan.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 31

Namun, kereta-kereta Kia yang dipasang di Vietnam masih akan dikenakan duti eksais maksimum di Malaysia. Oleh itu, ia masih tidak mampu bergerak secara kompetitif dalam persaingannya dengan model Jepun yang dipasang tempatan.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 32

Tapi, nak tahu perkara yang lebih menarik? THACO juga menjalankan pemasangan secara kontrak untuk Mazda dan Peugeot. Tapi, ini hanyalah satu kebetulan yang cukup menarik bagi konteks ini kerana THACO buat masa sekarang hanya menghasilkan Peugeot 3008 dan Peugeot 5008 – kedua-duanya sudah dipasang oleh PSA Group di Gurun.

Jangan lupa juga dengan “the Geely-Proton factor”. Era bagi jenama pasaran besar bukan nasional yang mahu menembusi pasaran Malaysia sudah berakhir. Malah, jenama Jepun yang besar seperti Honda sekarang hanya bermain dalam strategi defensif dan bukannya mengejar jualan penaklukan/dominasi seperti dahulu.

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 33

Jenama Korea ini pastinya tidak dapat menyaingi Geely/Proton dari segi harga. Jurang antara atribut produk sangat-sangat terhad, malah hampir tak wujud ataupun hanya menguntungkan Geely/Proton secara langsung. Apa kelebihan Kia Seltos yang tak ada pada Proton X50 yang memang dah cukup itu ini?

Lompatan Kia dari Naza ke Bermaz mungkin takkan bawa banyak perubahan. Ini sebabnya. 34

Oleh itu, walaupun ura-ura yang kita dengar sekarang adalah betul, tak mungkin Bermaz Auto akan tergesa-gesa untuk memperolehi peranan pengedaran kenderaan Kia. Ia pastinya satu cadangan yang menarik untuk dipertimbangkan, tapi hasrat untuk memperbaiki jenama Kia di sini memerlukan usaha yang sangat tinggi.

Potensi untuk pertumbuhan baik dalam jangkamasa terdekat ini agak kelam, melainkan Kia sendiri sanggup menyalurkan dana untuk usaha ini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru